Foodsglamz l#l Ayam Masak Merah Bayangan Mimpi

/
14 Comments
November 12, 2014
Assalamualaikum

Okayy cantik gambar. Pinjam dari segiempat.com

Errrrmmmmmm.. Baru call Papaglamz punya mommy di Kg. Tercerita pulak yang mereka dinner ayam masak merah. Forsure dengan nasi sekali bukan meratah je yer. Bile dengar story dari mommy Papaglamz yang agak menggiurkan ituw, harusla perut ni berkeroncong lagu BADARSILA dengan rancaknya. Ya Allah tahan. Dah malam buta dah ni. Tak elok. Haa ni tips kesihatan dari Papaglamz. Elakkan kalau boleh jangan lansung makan makanan berat di kala bulan mengambang. Potensi untuk mendapat penyakit tiga serangkai adalah sangat tinggi. Penyakit ape tu? Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Jadinya Papaglamz cuci-cuci mata je la dengan uncle google. Sebelum tido ni Papaglamz nak sharing resepi ayam masak merah. Nak suruh Wife Papaglamz buatkan la weekend ni. Hehe.

Bahan-bahan untuk Resepi Ayam Masak Merah

½ ekor Ayam
1 cmt Serbuk Kunyit
1 kuntum Bunga Lawang
1 cm Kulit Kayu Manis
2 bj Buah Pelaga
3 kuntum Bunga Cengkih
1 bj Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1 btg Serai
½ inci Lengkuas
20 tangkai Cili Kering
3 cmb Sos Cili
2 cmb Air Asam Jawa
2 cmb Gula Pasir
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis.
Garam

Cara membuat Ayam Masak Merah

Ayam dipotong dan dibersihkan. Perapkan dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak. Tuskan dan ketepikan.
Cili kering direndam dan dikisar halus. Bawang besar dan bawang putih di hiris. Halia dan lengkuas di cincang. Boleh juga dikisar bersama cili kering. Serai di ketuk.
Panaskan ¼ cwn minyak masak. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengki,h buah pelaga dan serai sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Tumis sehingga layu.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing dan berkilat.
Tambah sos cili dan perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.
Apabila masakan menjadi sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
Masak sebentar sahaja lagi untuk memanaskan ayam dan bolehlah dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi minyak.

p/s: Haaa boleh la korang semua mencuba. Papaglamz tido dalam kelaparan dan kerinduan masakan mak. Nak mimpi Wife tengah masak la. hahahaha.. 

#Kbai

-sekian-


You may also like

14 ulasan:

  1. papa... sedapnya... ni yg KF nk mkn ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. KF buat nnt post kt Papaglamz yer. Tp frozen kn dulu.. Hahahaj

      Padam
    2. kalau boleh pos saya pun nak juga

      Padam
  2. Iooulss nk buat sdikit correction..nk tukar 1/2 ekor ayam kpd 1 ekor ayam..
    p/s: si mulut laser.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haruss laaa.. CARAS kah???

      Padam
    2. masak banyak-banyak.. kawan-kawan nak tumpang makan

      Padam
  3. ayam masak merah selalu kurang menjadi bila masak.. selalu jadi ayam masak sos ngehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm.. Gne sos sket je. Gne cili kering lbeh.. Papaglamz tgk wife klu msk gne sos sikit jer. Utk rsekn tomato die je.. Hehehe.. Bab masak Papaglamz surrender dlu.. Serah pada yang pakar. Klu yg simple2 blh la.. Hahaha

      Padam
    2. ohh cili lebih..baru tau..hahha.. same la kalau masak memang jadi ayam masak sos..huhu

      Padam
  4. perghh sedap ni.. salam kenal dr mamajue.. im follower 31..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaukumsalam. Tq. Mantikan entri2 papaglamz yang Glamz okay.. Hahaja

      Padam