Semasa l#l Sudah terang lagi bersuluh. Pahang Juara Piala Malaysia 2014

/
3 Comments
November 02, 2014
Assalamualaikum


Itulah yang pasti. Tiada lagi sangsi. Pahang terus mempertahankan kejuaraan Piala malaysia bagi musim 2014. Perlawanan yang penuh dengan debaran, komitment pemain yang begitu tinggi dalam permainan yang mencecah 120 minit termasuk masa tambahan. Kemenangan Pahang terhadap Johor sebanyak 5 - 3 dalam penentuan penalti merealitikan impian Pahang untuk terus menjulang piala yang berprestij ini.


Perjuangan kedua pasukan sehingga ke titisan darah terakhir yang membawa kepada penentuan penalti ternyata menunjukkan bahawa kedua pasukan bermati-matian mempertahankan gawang masing- masing. Sehingga gol seri dihasilkan ketika wisel penamat masa tambahan dibunyikan.

Walauapapun, itulah dia sukan bola sepak Malaysia, ternyata menampakkan betapa semangat kesukanan yang masih lagi ada sinar kegemilanganya. Semangat kesukanan yang di pamerkan oleh setiap pemain dan juga semangat penyokong-penyokong yang tidak pernah luntur sepanjang permainan berlangsung menunjukkan betapa sukan bola sepak di Malaysia ada dikelasnya yang tersendiri. Papaglamz doakan agar sukan ini terus gemilang dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa bola sepak dunia yang lain.

Sekali lagi tahniah Papaglamz ucapkan pada kedua-dua pasukan dengan mempamerkan permainan yang mantap sekali. Agak teruja Papaglamz menontonnya walaupun hanya di kaca televisyen sahaja.

p/s : Ni first time Papaglamz tengok bola dari awal sampai akhir. Sempoottt...!!!!

-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. hurmmmm.. masa untuk Johor belum sampai lagi.. huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Yeayyyy, Pahang menang ... Koi orang Pahang ... Hehehe ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe.. hero biasa kalah dulu.. hehehe

      Padam