Tinta Papaglamz l#l Budaya memberi satu modal untuk gembira

/
10 Comments
November 12, 2014
Assalamualaikum



"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati" (Riwayat at-Tabrani)

Nah, hari ini Tinta Papaglamz akan mengupas serba sedikit satu perasaan yang sememangnya semua orang suka. Sudah tentunya perasaan GEMBIRA. Semua orang tidak kira kecil ataupun besar, tua ataupun muda semuanya mengidamkan perasaan gembira. Namun, tahukah kita bagaimana memperoleh rasa itu? Perasaan ini bukanya boleh dijual beli dengan wang ringgit ataupun harta.

Ya..! Kini manusia dihidang dengan satu ideologi bahawa ade duit segalanya sempurna. Tapi kita perlu ingat, wang atau harta bukanlah modal untuk kehidupan gembira. Bukan semua orang kaya punyai hati yang gembira. Kadang-kadang tu, orang yang miskin kais pagi makan pagi kais petang makan petang mereka mempunyai kehidupan yang sempurna dan bahagia. Kenapa ini berlaku?

Seperti yang Papaglamz dan semua pembaca tahu, setiap sesuatu yang terjadi di atas muka bumi ini adalah ketentuan yang Maha Kuasa Allah S.W.T. Pernah tak dengar "you deserve what you get"? Haaa... Nak gembira perlu la menggembirakan orang lain. Kenapa? Inilah karma kehidupan. Membuat orang lain gembira adalah modal untuk kita berasa gembira.

Begitu lah dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi dalam hidup berumah tangga. Perasaan ingin menggembirakan antara suami isteri amatlah di perlukan. Pelbagai cara boleh kita guna kan untuk menggembirakan. Yang pastinya bukan lah duit semata-mata. Andai kita saling menjaga perasaan masing-masing nescaya keharmonian rumah tangga pasti akan wujud. Yang mudah kita boleh laku kan dengan kerap menghargai pasangan kita. Angkatlah martabat pasangan kita di mata kita. Hargailah apa sahaja yang telah mereka lakukan kepada kita walaupun dalam perkara yang mudah sekalipun. Jika ini di lakukan, pastinya setiap pasangan terasa kehangatan bercinta antara satu sama lain. Sesungguhnya Allah itu Maha memberi apa kan pula kita hambanya, budayakan budaya memberi. Berilah kepada sesama manusia walaupun sepatah kata yang boleh menggembirakan.

Ingat, syurga itu bahagia. Namun, modal untuk ke syurga bukan semudah yang di sangka. Sebelum kesyurga abadi suburkan dulu syurga rumah tangga yang kita miliki dengan penerapan nilai-nilai keluarga. Terapkanlah aura-aura syurga dalam rumah tangga kita. Insyallah.

p/s: Papaglamz suke.. (tibaa ja) hahaha.. Okayy.. Semoga semua dapat mencapai keharmonian yang SAKINAH, MAWADDAH, WARRAHMAH.

-sekian-


You may also like

10 ulasan:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Tq juga menziatahi papaglamz.. Huhu

      Padam
    2. ziarah juga kat sini membaca perkongsian dari papaglamz

      Padam
  2. huhu saya mungkin antara yg tak biasa memberi hadiah atau terima hadiah. biasanya kalau hari jadi sendiri, rasa awkward bila dapat hadiah. sy prefer spend time yg berkualiti dgn orang.

    hanisamanina.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Amanina, awak dah memberi masa awak utk org lain bila awk spend time ngan org.. Hehehe. Mmberi ni bukan hanya hadiah semata. Kata2 semngat, doa, senyuman dan sbgnya juga suatu pemberian.. Huhuhu.. Tq jalan2 di sini..

      Padam
    2. saya rajin join giveaway.. selalu menang hadiah..

      Padam
  3. WAALAIKUMMUSSALAM ..Terima kasih atas perkongsian ini ..singgah sini hari ni ..tq ya sudi singgah kat blog http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
    Ada masa jemputla berkunjung lagi ...Salam ukhuwah fillah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah.. Selagi ade update trbaru. Nnt Papaglamz singgah. Papaglamz suka sebab nama sama ngan anak Papaglamz. Imtiyaz.. Huhuu

      Padam
  4. memberi dan menerima.. pokok pangkalnya adalah kesabaran dan keimanan.. tak semua salam pemberian akan disambut dengan tangan terbuka.. yang penting niat.. tak perlu harapkan balasan yang baik.. berbaik sangka.. kalau kebaikan balasannya ianya adalah satu bonus.. jika buruk balasannya.. sabar.... sabar.. dan terus bersabar... ada hikmah tersembunyi.. kita manusia biasa yang lemah.

    BalasPadam