11.11.14

Tinta Papaglamz l#l Kawen jom

Assalamualaikum

Jika kita tanya orang-orang tua khasnya mak bapak kita, pada zaman mereka, perkahwinan di usia muda adalah sesuatu yang tidak begitu pelik. Rata-rata mereka semua berkahwin di usia 25 tahun ke bawah. Macam mak dan bapak Papaglamz. Masa diorang bernikah, bapak sekitar 26 tahun mak pula 16 tahun. Dan perkahwinan mereka adalah hasil pilihan nenek dan atuk Papaglamz. Ternyata pada ketika itu, perkara ini bukan sesuatu yang janggal.

Tetapi jika keadaan ini berlaku pada zaman ini, pastinya begitu banyak tanda tanya yang akan terbit di dalam fikiran masyarakat sekeliling. Persoalan yang biasa mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik akan tanya ialah "EH KAU MAMPU KE ANAK KO NAK TANGGUNG BINI DIE NANTI?". Kalau yang muda-mudi pulak khasnya yang lelaki bujang "BRO, KO WAT APE NAK KAWEN CEPAT-CEPAT? ENJOY DULU BRO. NANTI DAH KAWEN, TAK DAPAT NAK ENJOY". Dan macam-macam lagi la ayat-ayat panahan yang akan menerpa.

Tapi..... Yang sebenarnya berkahwin awal membantu lagi kita untuk menseimbangkan kehidupan kita. Sebab apa? Bukankah Allah dah janji, dengan perkahwinan maka akan terbuka pintu-pintu rezeki. Yang perlu ialah usaha dari kita untuk mencari rezeki itu. Kalau duduk goyang kaki sahaja memang tak ke mana la kan. Kawen la 2, 3, or 4 kali, kalu tak berusaha juga tiadalah hasilnya.

Selain itu, sebenarnya berkahwin awal ini akan menambahlan lagi kadar keseronokan dan ke'enjoy'an dalam hidup kita. Cuba bayang kan, bila dah ade isteri atau suami yang sah semua perkara yang hendak kita laku adalah bebas bersama. Nak pegang dan tengok tang mana pun. SILAKAN.....!!!! Tak ada siapa nak marah. Ditambah dengan setiap yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Enjoy tu. Mana yang katanya tak enjoy entah. 

Antara ke'enjoy'an yang boleh kita dapat macam kat bawah ni:

>saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
>suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
>cium isteri ~ dapat PAHALA!
>renung isteri ~ dapat PAHALA!
>suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
>suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
>suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
>suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
>suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!
>suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
>suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
>main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahurabbi.. SERONOKNYA..!!!

Jadi, siapa yang dah mampu untuk berkahwin tu, pasangkan niat, mulakan langkah, tegak kan niat di hati untuk bernikah, minta petunjuk dan pertolongan dari Allah. Jangan tunggu-tunggu lagi. Lagi lama anda tunggu, lagi merugikan. Ingat saat anda sah bernikah, maka MENANGISLAH PARA SYAITAN sebab dengan berkahwin akan tertunduk nafsu kita sebagai manusia ini. Insyallah.



Papaglamz dan wife ENJOY berboling



Kami ENJOY bercuti

p/s: Just nak bagi tau. Papaglamz kawen pon family yang cari kan. huhuhu. Masa kawen pon wife Papaglamz masih seorang student tahun akhir. Last semester, wife Papaglamz pulak preggy. kikiki. Habis study, beberapa blan lepas tu baby menjengah ke alam nyata. Haaa lengkap kan? Enjoy tu BRO...!!!! 

-sekian-
















39 ulasan:

  1. ..terkesima...
    *pentas digelapkan*
    ..krik..krik..krik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaahaha.. Terketawa dalam kegelapan. Wat ape tu dlm gelap...??? Heheje

      Padam
    2. Krik3..buat ape lgi dlm lab gelap..tido la.

      Padam
    3. Hai Incik S... Spe la yg tdo dlm Lab yang gelap tu kan?

      Padam
    4. saya tak kisah.. asal gelap aje saya tido.. hehehe

      Padam
  2. memang betoi2 njoy la.nak nak saya ni dah 6 tahun tunggu anak.alhamdulillah Allah beri keizinan untuk merasainya,,

    thanks singgah blog saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Tahniah.. Semoga tabah mendidik amanah Allah yang satu tu yer.. Hehehe

      Padam
  3. btulla..kcik ja wife ppaglamz ni.. :)

    BalasPadam
  4. Papaglamz.. jelles tengok. tp KF masih lg 20 tahun..
    kalau nk cari pun kene cari suami yg soleh kan ..
    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ofcos la KF.. KF kne byk berdoa, buat solat hjat.. Istikharah lbih baik. Sebb jodoh ni dh di tentukn kan. Lelaki yang baik dan soleh adlh untuk wanita yang baik dan solehah.. Papaglamz doakn KF dapat jodoj yang terbaik utk jadi pneman di hati.. Aamiinn..

      Padam
    2. jodoh ketentuan Allah.. yang belum bertemu jodoh itu sedang diuji.. tabahlah menghadapi

      Padam
  5. amiin.. amiin Ya Rabb.. KF pun doakan papaglamz dan istri yg comel tu bahagia hgga Firdausi :)

    BalasPadam
  6. Papaglamz. boleh x papaglamz buat satu artikel tntng mcmmana kisah percintaan papaglamz dan istri . apa nasihat kpd generasi muda.. KF rasa nk buat artikel la pasal papaglamz.
    kalau stuju.. boleh hntr ke travelogdakwahblogspot@gmail.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha.. Terkesima kejap.. Insyallah ye KF.. Nak kene wat btul2 ni.. Nnt Papaglamz discuss ngan wife Papaglamz. Kami wat sama2. Ni ade due date x ni? Hehehehe

      Padam
    2. hehe.. takde2.. buat lah yg tbaik papaglamz. sbb KF tgok skrng ni fenomena remaja nak cepat2 kahwin. but they know nothing. dan rmai bercinta bagai nak rak tp akhirnya dipermainkan.. so cn u give them some tips based on your experiences :D

      Padam
    3. Masyallah.. Papaglamz x la se xperience sgt.. Huhuhu.. We'll see. Just wait for it.

      Padam
    4. lepas nih siapa pulak nak offer papaglamz buat novel lepas tu adaptasi jadi drama.. hik hik hik

      Padam
  7. owh,happy je kan, semoga ikatan papaglamz dan isteri kekal hingga ke Jannah,aamiin ,jodoh saya masih dalam rahsia Allah...doakan ea...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Alhamdulillah.. Aamiin. Tq doakan Papaglamz. Papaglamz pon doakn Cik Cahaya ketemuu jodoh yang baik. Ingat wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau cik cahaya baik, insyallah dpat jodoh yang baik.. Tq jalan2 di sini.

      Padam
    2. kepada yang belum bertemu jodoh.. bersabarlah.. anda sedang diuji.. tabah terus tabah..

      Padam
  8. Subhanallah ... pasangan bahagia insyaAllah! Yup ... dah kawen pun masih boleh enjoy kan. Anim kawen pun masa umur 22 tahun, bergelar ibu umur 23 tahun. Jangan takut nak kawen tau hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti hanim cepat la dapat menantu. Hahaha..

      Padam
    2. orang sekarang bukan takut kahwin.. cuma kos hantaran sekarang melampau sangat tingginya.. huhuhuhu..

      Padam
  9. salam. thanks visit blog mya. anyway semoga bebahagia til jannah inshaallah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Sama2. Terima kasih atas doanya.. Jgn lpe follow yer.. Hehehe

      Padam
    2. kebahagian milik mereka yang mencari..

      Padam
  10. Salam kenal..saya dulu kawen pon husband final year..dia abes blaja dah ade anak sorang hehe mmg org akan pelik tp xpe..kita bukan buat bende salah..malah halal ape..

    Www.adaa-inspiration.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. Btul tu.. Nak x nak plus usaha sket. Klu jmpe jln bntu utk usaha, jgn lpe pembantu setia kota Allah. Tq jalan@ di sini..

      Padam
    2. sesetengah orang sangat bertuah bertemu jodoh pada usia yang muda.. tapi jangan pertikai orang yang lambat temu jodoh.. mereka sedang diuji Allah.. jangan pertikaikan ujian Allah..

      Padam
    3. kalau boleh masa darjah enam pun dah rasa nak kahwin.. tapi tak semudah itu.. saya kahwin umur 30tahun.. dugaan.. ada banyak perkara perlu dilepaskan dahulu.. yang penting redha.. akhirnya alhamdulillah..

      Padam
  11. enjoy papaglamz..slamat menulis lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Kak Aneera ke ni?

      Padam
    2. semoga dunia blogging menjadi semakin meriah

      Padam
  12. hehehe lain orang.. lain masalahnya.. saya kahwin umur 30 tahun.. mungkin agak lewat.. tapi sebenarnya kahwin itu bukanlah mudah untuk semua orang..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com