Tinta Papaglamz |#| Mati Itu Pasti. Allahuakbar...!!!

/
4 Comments
November 19, 2014

Assalamualaikum.

MATI ITU PASTI. Bila? Di mana? Dengan siapa? Bagaimana? itu semua di luar jangkauan akal manusia biasa. Ianya terletak dalam genggaman tuhan Maha Pencipta. Dia yang menghidupkan, dan dia juagalah yang akan mematikan. Dia lah yang berkuasa ke atas segala makhluk di dunia ini. Sebagai manusia seharusnya kita sentisa bersedia untuk menghadapi mati yang pasti.

Papaglamz mendapat satu berita yang amat menyedihkan. Sahabat Usrah wife Papaglamz telah kembali di sisi penciptanya. Allah lebih menyayanginya. Yang pasti hanya redha dan doa lah yang akan mengiringi pemergian Arwah.

Arwah seorang guru yang berdedikasi. Meningalkan seorang balu serta seorang anak sulung dan seorang lagi bakal lahir bulan 12 ni. Bersamalah kita mendoakan agar rohnya berada dikalangan orang-orang yang terpilih di sisi Allah. Aamiin.
Dalam Kenangan

Statu FB Arwah minggu lepas

"Memahami erti tujuan sebenar hidup...
Terima kasih Ya Allah kerna sering mengingatkanku saat ku terleka terlalai...
Ternyata ENGKAU terlalu menyayangiku...
Hanya rahmat maghfirah keampunanMu yang ku dambakan...
Buat insan2 yang pernah ku coretkan dosa pada kalian semua,
ampun maafkanlahmaafkanlah segala salah silapku,
hidupku dah tak lama di dunia yang penuh tipu daya lagi fana' ini...
Khas buat anak2ku, jadilah insan soleh solehah
mujahid mujahidah bekalan bermakna buat abi
di hari muka nanti..."
p/s : Nak study tentang 40 hari tanda-tanda kematian.

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.