Tipsglamz l#l Oh suamiku yang romantis

/
13 Comments
November 06, 2014

Assalamualaikum

Haa dalam entri kali ni Papaglamz terasa nak sharing tentang cara menjadi suami yang romantis. Senarai yang di bawah ni yang Papaglamz praktikkan la. Kalau orang laen, Papaglamz tak tahu.



1) Beri Bunga

Papa-papa semua kena la selalu bagi bunga kat isteri-isteri anda. Hahaha. Macam menipu je tiap2 hari nak bagi bunga kan? Ingat kita ni cop duit ke? So, the solution, kadang2 Papaglamz lukis gambar bunga yang simple2 je guna pen. Dah tu buat note kat bawah. "Abang sayang awak selalu. Duit kering lukis bunga je la ye sayang". Hehehe.
.
2) Ungkapkan Ucapan Sayang

Ucapkan sayang pada pasangan sangat praktikel. Lagi-lagi perempuan ni. Cair bro. Hehehe. Kalau boleh setiap hari la yer. Nak best lagi, kalau time sembahyang jemaah tu, doa dlm bahasa melayu satu ayat "ya Allah aku sangat sayang dan cinta akan isteriku, kau tambah kan lah rasa cinta dan sayang ini dan kuatkanlah ikatan kasih kami berdua". Boleh termenangis isteri kita dengar. Huhuhu

3) Pandang Mata Pasangan

Padangla isteri tu masa sedang berbual atau bercakap. Pandang dengan kasih sayang tau. Ala-ala pandangan debarnya debaran cinta gitu. Kan romantis gitu..

4) Bicara Dengan Lembut

Bicara dengan lembut, bukan bicara manis menghiris kalbu yang macam lagu Siti Nurhaliza tu tau. Hehehe. Betul kan, sedangkan Rasulullah sentiasa berlembut dengan isteri-isterinya, jadi kita sebagai pengikutnya kena la kita berusaha ikut. Insyallah. Lagi satu kontrol emosi ketika bercakap.

5) Berpimpin Tangan

Masa-masa dah jadi suami isteri ni la masa yang terbaik untuk berpegangan tangan dengan pasangan kita. Lagipun, dengan berpegangan tangan suami isteri ni boleh menggurkan dosa. Insyallah. Tak kan masa berkapel dok sebok nak berkepit jer. HARAM. Macam mana nak dapat CINTA HALAL kan? Insyallah..

6) Sentiasa senyum

Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat memikat kalbu. Betul tak? Cube praktik kan. Insyallah orang yang marah tak jadi marah. Huhuhu

7) Pakaian sedondon

Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Baju t-shirt ke, baju kurung dan baju melayu ke, baju berkonsep ke dan sebagainya la. Aduh, Sweetnya… Hehehe
.
8 )Kunjungi Tempat Yang Romantik

Honeymoon dan honeymoon lagi. Kalau honeymoon kat rumah je boleh ke tak? Pandai-pandai la kita jadikan suasana rumah kita tu macam tempat untuk bercuti. Contohnya, picnic kat belakang rumah ke, berenang dalam tab mandi ke? Hahahah. Jadi la suami yang kreatif okay..

9) Memberi Kejutan

Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Kalau main cak cak ba pn kadang-kadang boleh buat terkejut jugak.. Hehehe

10) Memujuk

Pandai-pandailah memujuk yer. Pujuk dengan rayuan, kata-kata maaf dan sebagainya. Satu tip, kalau isteri merajuk yang ala-ala mengada, bagi je ciuman hangat ala-ala larva gunung berapi yang nak meletus. Insyallah, sejuk la tu nanti. Hehehe

p/s: Okay tips dalam bersenda gurau. Papaglamz pon dok le romatik mama pon. Selalu jer mentersakitkan hati wife yang di cintai tu. Tapi boleh praktikan ye Papa semua.. Insyallah kita bertemu keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH. Aamiin.

-sekian-


You may also like

13 ulasan:

  1. ahaksss...... nampak mudah... tapi kita sang lelaki ni payah nak buat...tak gitu papaglamz???... awok polo no 15!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Lidah berkata-kata n jari yg menulis mmg mdah. Praktikelnye memg perlu kn keazaman yg sgt tinggi.. Huhu..

      Thankz ziarah Papaglamz..

      Padam
    2. kadangkala malu itu sangat menebal

      Padam
  2. if my husband can do all like that's

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah.. Doa la.. Thankz jejalan sini.

      Padam
    2. kadangkala ego lelaki terlalu tinggi

      Padam
  3. tak semua perempuan sama.. ada yang geli bila suami romantis sangat hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan perempuan suka dapat laki romantis =)

      Padam
    2. sayangnya isteri saya tidak.. huhuhu.. baru nak romantik sikit dia jangan nak ngada-ngadalah.. huhuhuhu

      Padam
  4. Hahaha ... Mesti cam pelik jer kalau BigBoss buat ... Biasa2 jer udah ler ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. biasa-biasa aje cukuplah

      Padam
  5. kalau suami tak terbiasa buat, tiba2 buat lepas baca entri ni..mesti isteri akan cakap "buang tebiat ke laki aku ni?'' hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. isteri saya sejak mula kahwin memang tak suka romantik.. straight to the point.. takde belok-belok.. huhuhuhu

      Padam