Travelglamz l#l Sepetang di Kampung Nelayan Pelindung Pantai, Beserah Kuantan

/
6 Comments
November 07, 2014
Assalamualaikum

Andainya waktu petang tu ade kelapangan masa, apa kata Papaglamz cadangkan satu tempat best punya sekitar daerah Kuantan ni yang boleh di lawati. Kampung Nelayan Pelindung Pantai, Beserah. Nama pun pantai kan? Forsure memang ade laut la. Seronok bermandi-manda di pantai ni. Lokasinya tak berapa jauh dari bandar Kuantan dalam 15 minit lebih kurang.




Ape yang boleh di buat kat tepi pantai ni? For sure la mandi. Tapi, kalau di Pelindung Pantai ni, Papaglamz tak recommend sangat untuk mandi kat sini. Selain tu, permukaan pantai yang agak landai amat sesuai untuk pengunjung melakukan aktiviti keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Contohnya berkelah dan sebagainya. Semasa Papaglamz bersama keluarga ke sini, ada beberapa pengunjung yang berjoging di gigi-gigi ombak pantai. Macam menarik je kan?







Aktiviti-aktiviti lain yang Papaglamz suka jika berkunjung di sini ialah makan dan makan. Hehe. Terdapat juga warung-warung yang boleh di singgahi untuk mengisi perut ataupun membasahkn tekak yang kehausan itu. Yang popular kat sini Mee Calong origonated dari Beserah. Papaglamz tak sempat nak cuba tapi memang popular la kat sini. Hehehe. Kadang-kadang, ade juga jual soft ice cream. Boleh la cube.

Memandangkan pantai ni merupakan pantai perkampungan nelayan, terdapat banyak sampan yang berlabuh di tepian pantai ini. Memang pemandangan menarik bagi Papaglamz. Sebenarnya Papaglamz dan family memang peminat tegar suasana laut. Tenang gitu. Haa Papaglamz nak share ni. Melihat laut ni dapat pahala tau. Sambil-sambil melihat tu kite memuji kebesaran Allah atas ciptaanya yang indah ni. Lagi satu, berjalan di atas pasir pantai sangat baik untuk kesihatan.tau




Hari tu Papaglamz ke pantai ni saje je nak membiasakan anak Papaglamz dengan air. Orang kata untuk membina keyakinan dan keberanian diri. Papaglamz harap Papaglamz punya litle princes ni pandai berenang sebab nabi kita Muhammad S.A.W menjadikan renang sebagai salah satu sukan pilihanya selain memanah dan berkuda. Insyallah.







p/s: Itu sajalah sharing Papaglamz untuk kali ini. Ingat niatkn dalam hati untuk melihat kebesaran Allah jika pergi travel ke mana-mana tu. Semoga perjalanan kita itu tidak sia-sia. Insyallah. Aamiin.

-sekian-



You may also like

6 ulasan:

  1. comelnyer anak papaglamz ni..

    done folo, jom singgah
    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/new-born.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Papa dia pn glsmz kan? Mst baby die cumil.. Hahhahaha.. Xde la.. Joking.. Thankz.. Papaglamz dh follow Yana yang baru dpt sepupu bru.. Keep in touch yerr

      Padam
  2. Best nyer pantai ... Saya pun tak pandai berenang, rasa rugi plak ...

    BalasPadam