Saya Suka Susu Ibu

/
9 Comments
Disember 14, 2014

Assalamualaikum

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.

Faedah untuk Bayi

1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.

- mudah dihadam

- sentisa sedia pada suhu yang tetap

- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat



2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.

- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.



Faedah untuk Ibu

- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah

- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari

- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman

- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)

p/s : Alhamdulillah. Anak Papaglamz masih lagi manyusu susu ibunya walau umurnya sudah 7 bulan. Siap berebut-rebit dengan auah die lagi. Hahahaha.

Ada sesiapa nak tau cara tambah susu ibu? Jom beramah mesra dengan Papaglamz yer. Hehehe

wassap/telegram/sms : 0196141393
FB : Papaglamz

-sekian-


You may also like

9 ulasan:

  1. haipppp jgn lah berebut dgn anak tu eheheh

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Btul tu.. Tumbesaranye pon brbeza klu baby yg bg susu formula..

      Padam
  3. god share..alhamdullilah..ank2 ida membesar dgn susu ibu..memang besar beze terutama segi kesihatan dan pekembangan otak die..apa2 pun susu ibu is the best!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga anak2 membesar dengan sehat dan cergas. Insyallah..

      Padam