Tinta Papaglamz |#| Wasiat Rasulullah S.A.W buat wanita

/
6 Comments
Disember 01, 2014

Assalamualaikum

Entri ni Papaglamz tujukan khas buat isteri Papaglamz yang di cintai.

Antara wasiat Rasullullah S.A.W kepada puterinya Fatimah Az-Zahra' :

Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak2 nya, pasti Allah menetapkan kebaikan baginya bagi setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak2 nya, nescaya Allah menjadikan dirinya neraka tujuh tabir pemisah.

Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak2 nya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kausar pada hari kiamat kelak.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga, Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus beribadah haji dan umrah.

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang

Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggutnya dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat.

p/s : Marilah beramal bersama. Semoga kebahagiaan rumah tangga dapat kita kecapi dan berkekalan hingga ke syurga. Insyallah.

-sekian-


You may also like

6 ulasan:

  1. hebatnya wanita. berganda2 pahala yang menanti. Allahh...

    sy follow sini. support blogger baru. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terika kasih. Semoga menjadi isteri solehah..

      Padam
    2. kelebihan yang Allah beri pada perempuan

      Padam
  2. nak dpt pahala ni senang je..... kawin... heheheh... semoga jodoh hingga ke Jannah. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul kak. Maka menangislah para iblis dan syaitan bila dua cucu adam bernikah.. Tq doanya..

      Padam
    2. hehehe nak dapat pahala memang senang.. nak kahwin tu ada sikit payah.. ada bermacam kriteria yang peluh dipenuhi.. huhuhuhu.. sebab tu banyak anak luar nikah sekarang nih.. berzina lagi mudah dari kahwin..

      Padam