25.1.15

Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaiku

Dalam usia Papaglamz.com yang menghampiri 3 bulan ni. Tentunya Papaglamz masih tercari-cari rentak genre blog Papaglamz ni. Selama 3 bulan ni, Papaglamz banyak belajar selok-belok dunia blogging dengan blog walking beberapa blog terkenal untuk mempelajari gaya penulisan mereka. Mungkin Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 boleh dijadikan satu platform bagi Papaglamz untuk mengangkat blog-blog yang kerap Papaglamz kunjungi selama 3 bulan ni. Korang teruja tak nak tau blog-blog yang biasa Papaglamz kunjungi? Jom kita terjah satu persatu. 


First and the most. Ni la dia blogger terkenal Ben Ashaari. Pada Papaglamz dia la yang menaikkan semangat Papaglamz untuk berblogging. Kerana pada pandangan beliau, blogging itu bukan sekadar blog. Dengan mempunyai jenama #KELABBLOGGERBENASHARI ia mampu menarik ramai blogger di Malaysia untuk mempunyai matlamat yang jelas dalam dunia blogging. Teknik penceritaan tentang keluarga terutamanya tentang anak-anak yang comel Qhaliff dan Zahra tentu saja mampu membuat pembaca tergelak dengan keletah mereka. Syabas Abang Ben.


Cik Emas Putih ni sebenarnya anak buah Brother Ben Ashaari. Sebab kebanyakan aktiviti-aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari mesti Cik Mik molek ni ade sahaja. Walaupun Papaglamz jarang drop komen kat blog Kisah Emas Putih ni, namun kerap juga Papaglamz singgah jela. Mempunyai blog yang cumil-cumil sweet berwarna pink ni, menjadikan blog ini pernah di nobat kan sebagai blogger pilihan di dalam akhbar sisipan utusan. Menarik bukan? Satu hari nanti Papaglamz akan ke ruangan itu juga. Insyallah. Syabas Cik Emas Putih.


Ceritera Fatin Bella ni juga merupakan antara ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Papaglamz selalu gelar yang fatin dan Emas Putih ni adalah kembar. Kalau Papaglamz stalk Instagram Fatin, mesti ade Emas Putih. Kalau stalk Emas Putih, mesti Fatin pun ade. Lagi satu, rupa mereka berdua ni memang seakan-akan sama. Ingatkan kembar, tapi bukan. Ceritera Fatin Bella menyajikan kisah-kisah kehidupanya yang agak sweet dan di penuhi dengan aktiviti-aktiviti study dan bersama kelab bloggernya. Blog Fatin Bella juga banyak mereview produk-produk di dalam entrinya. Tahniah Fatin, waulaupun masih bergelar student di UNIKL, tetapi anda berjaya mencari hasil tambah keewangan anda dengan berblogging.


Blog ni Papaglamz kenal masa berblog walking. Blog yang mengisahkan tentang kecantikan dan kesihatan tentunya menjadi sumber inspirasi pada semua yang ingin tampil sihat dan menawan. Selain mengenengahkan entri-entri tentang kecantikan dan kesihatan, Adaa Inspiration berupaya memotivasikan mereka-mereka yang ingin mengubah ekonomi kehidupan yang semakin meruncing. Sangat sesuai dengan tagline Addaa My Inspiration. Dari blog ini jugalah Papaglamz mula mengenali dunia perniagaan online. Syabas Kak Adaa kerana mampu menghasikan entri yang berguna dan boleh memotivasikan para pembaca.


Fatin Liyana? Sape tak kenal kan? Seorang doktor tetapi mempunyai minat dalam berblog. Bagi yang tak tau, Doktor ni telah disunting. Kisah pertunangannya ni bagaikan satu fenomena yang hebat dan menjadi viral tak kira di Instagram, Facebook ataupun media-media cetak ataupun maya. Penulisanya diblog sangat catchy pastinya menjadikan blog ini sebagai pilihan gadis-gadis muda yang ingin menjadikan kisah hidup Fatin sebagai ikutan. Syabas DOKTOR.


Blog yang tampil bersahaja. Tidak banyak gadjet yang memenuhi ruang utama blog, namun isi kandungan setiap enti pastinya menyajikan sesuatu yang luar biasa. Itulah rahsia kejayaan blog ini. Isi kandungan entri yang terbaek. Di miliki oleh jejaka yang selamber jer plus handsome (tapi  handsome Papaglamz lebih siket) sering berkongsi tip-tip dan info untuk menambah trafict blog dan menjana wang dari blog. Untuk pengatahuan semua, Oh Duit sedang mengadakan contest Malaysia Best Blog 2015. Jangan lupa join. Syabas bro.


Eny Abdullah ni adalah antara blogger yang mula-mula Papaglamz kenal di dalam dunia blog ni. Walaupun tak pernah berjumpa, namun kami sering bergurau-gurau dalam komen-komen setiap entri. Blog yang tampil kemas dan cantik ini menyajikan kepada para pembaca dengan menu masakan yang sangat MENGIURKAN gitu. Hehehe. Kak Eny tak kedekut untuk berkongsi resepi-resepi masakan yang ratanya beliau buat sendiri. Selain pro dalam masakan ni, beliau juga pro dalam dunia photography dan menjahit. Banyak juga gambar-gambar hasil tangkapan beliau di upload di dalam entri blog beliau. Syabas Kak Eny.


Siapa yang tak kenal engan blog Denai Hati ni kan? Ramai orang yang menyebutnya. Kerap kali juga Denai Hati menganjurkan pertandingan-pertandingan yang menjanjikan hadiah yang lumayan buat para peserta. Selain itu, blog ini juga menyajikan info-info semasa yang berguna buat para pembaca kerana mempunyai genre yang sessuai bagi pembaca-pembaca di Malaysia. Syabas Tuan blog Denai Hati.


Ahmad Fauzi Aryaan, seorang blogger muda yang lincah dan penuh keyakinan melangkah dalam dunia blog. Blog yang menampilkan info-info tentang travel, food dan lifestye tentunya menyajikan sesuatu yang berguna buat para pembaca. Pada pandangan Papaglamz, walaupun masih muda, beliau mampu meletakkan diri beliau setanding dengan blogger-blogger hebat yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Syabas Abam Pap Pap Pap.


Tiffin biru ni antara blog yang sering kali berkongsi tentang masakan dan juga resepi. Dengan tagline "Dapur Tanpa Sempadan" memang sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga macam Papaglamz ni untuk mencari idea masakan seisi rumah tangga. Kalau nak tau, blog ni juga merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Tu la dia blog yang serin Papaglamz lawati untuk mencari ilham dan inspirasi dalam berblog ni. Mungkin apa yang Papaglamz suka ni orang lain tak suka kan? Pilihan di tangan anda. Anda yang tentukan. 

Jadi apa tunggu lagi jom sama-sama kita sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Jangan tak tau, kalau anda bernasib baik, anda akan memenangi hadiah utama wang tunai bernilai ribuan ringgit. Penganjur adalah Ohduit.com.

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

68 ulasan:

  1. selalu jugak jengah blog fatin liyana tuu.
    jemput join segmen saya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la.. Tq Nani.. Nnt Papaglsmz join yer.. :p

      Padam
    2. blogger blogger hebat

      Padam
  2. Sume blog glemer tu.. suke baca blog ada..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Adaa tu mentok sayrr.. Heheje

      Padam
    2. blogger glamour hebat dan ramai pengikut

      Padam
  3. Balasan
    1. Klu x sebab blog syira, Papaglamz x tau ade contest ni.. Hehehe. Tq

      Padam
    2. memang sangat terbaikkk

      Padam
  4. Terbaik bro. Lejen lejen semua ni

    Amalespraza.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk gak listkn the garang.. Tp bru kenal.. Mcm tipu je nnt.. Huhuu

      Padam
    2. lejen lejen yang punyai ramai pengikut

      Padam
  5. semua tersenarai mmg terbaik!!

    BalasPadam
  6. Wahhh papaglamz. Malu saya. Saya blogger biasa je. Apa2 pun terimakasih ye papaglamz. Mari sukses sama2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaaooowwwwww.....!!! Fatin Bella drop komen kt entri ni... #Pengsan.. Nak print screent.. Hahahahahaha.. Terima Kasih...

      Padam
    2. semoga sukses pada semua

      Padam
    3. siapa yang terpilih pasti suka .. huhuhuhu

      Padam
  7. Alahai faizal..malu hakak diletak sama2 bloggers lagend..huhu kak adaa baru nak kenal dunia blogging sebetulnya..malah faizal lagi advanced dr kak adaa..nway..all da best n very glad to know u. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Xpe la. Dlm ape jua kedaan sy kena angkat sifu saya.. Akak ade readers tersendiri ok.. Tq.. Wish me luck..!!!!

      Padam
    2. legenda hari esok bermula dengan cerita hari ini..

      Padam
  8. semua blog terbaik ni memang terbaik.susah nak tentukan sebab banyak sangat yang bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya punyai kelebihan masing-masing

      Padam
    2. blog menarik pasti ramai pengikutnya

      Padam
  9. dalam banyak-banyak senarai tu, blog emas putih paling kerap saya jenguk =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi jarang drop komen..jadi silent reader je =P

      Padam
    2. Same la.. best bace blog diorg kan...

      Padam
    3. saya juga suka menjadi silet reader sahaja

      Padam
    4. Btul tu.. Best2. Papaglamz pun best gakzz. Hahaha.. #masukbakul

      Padam
    5. papaglamz memang terbaik.. hik hik hik (ya memang saya bodek)

      Padam
  10. Ya Allah mcm tak layak je duduk di antara semua blogger tu... apa pun terima kasih banyak2 Papglamz.. semoga murah rezeki dan berjaya dalam dunia blogging ni... jom sama2 jadi sebaris mcm mereka heheheheh

    BalasPadam
  11. Semuanya blog menarik tertarik memang da boom! :)

    BalasPadam
  12. Wahh menarik.all the best PG

    BalasPadam
  13. Semua blogger hebat-hebat belaka ^-^

    BalasPadam
  14. Blogger power niy. Kita2 hanye picisan. Haha. Lagipun kita takleh nak komitmen sangat dgn blog. Bizi memanjang. ><

    Salam singgah papaglamz~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama2 nanti jd power la. Tq singgah kt sini..

      Padam
    2. pulangan untuk orang berusaha

      Padam
  15. Huwaaaa ... Jemput ler singgah blog saya ...

    BalasPadam
  16. Saya terima penyertaan Papaglamz :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmdllah. Terima kasih.. :)

      Padam
    2. tahniah dan semoga berjaya papaglamz

      Padam
  17. wah pilihan yg biasa jg saya jejak
    moga berjaya

    BalasPadam
  18. Dah join segmen ni?

    http://belogsheila.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-by-hazimah.html?m=1

    Sy tag papaglamz

    BalasPadam
  19. blog-blog diatas kebanyakannya telah disenaraikan juga oleh blogger yang lain sebagai Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  20. Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    BalasPadam
  21. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    BalasPadam
  22. Wahhh dua orang awek comel dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 ... :) semoga berjaya dalam kontest SEO ini ...

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  23. Semoga sukses untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 yang hebat ini. Jika dilihat kebanyak blog tersenarai itu ada rahsia yang tersendiri. Semoga menjadi contoh buat mereka yang lain.

    BalasPadam
  24. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    BalasPadam
  25. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com