MyKad Smart Shopper (MSSP)

/
5 Comments
Januari 27, 2015
Asalamualaikum

Ok pernah dengar tak pasal MyKad Smart Shopper? Kalau tak pernah meh Papaglamz kasi tau. Huhuhu. Untuk pengatahuan semua, MyKad Smart Shopper ataupun MSSP ni merupakan satu program aplikasi khas buat mereka-mereka yang mempunyai MyKad. Program ini telah dibangunkan dan diselaraskan oleh I Synergy Universal Holding SDN. BHD. Siapa yang boleh join? Semestinya semua rakyat Malaysia kan? Dengan menyertai program ini, anda akan menerima ganjaran atau point setiap kali berbelanja. Untuk menyemak butiran-butiran ganjaran yang telah anda terima di dalam program ini, anda bolehlah mengakses di laman web AffiliateJuncton.
 MyKad_Smart_Shopper

Semestinya ada yang bertanya bagaimana ingin menyertai program ni kan? Mudah sahaja anda hanya perlu mendaftarkan MyKad anda secara online dan pendaftaran ni adalah percuma. Namun, perlu diingat, anda haruslah menghubungi ajen-ajen sah Affiliate Junction untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Berikut merupakan kelebihan yang kita perolehi apabila menyertai program MyKad Smart Shopper:
  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA. Sangat berbaloi dan tiadaa sebarang risiko keewangan.
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup).
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? Kelebihan yang tentunya berpihak untuk semua peserta di bawah program Affiliate Junction ini.
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.  
Banyak bukan kelebihan yang bakal kita terima? Jadi jangan lepaskan peluang ini. Jom ramai-ramai mendaftarkan MyKad anda di bawah program ini. Kelebihan yang pasti akan memberi manfaat pada kita semua.

PILIHAN DITANGAN ANDA. ANDA YANG MENENTUKAN

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:



You may also like

5 ulasan:

  1. saya pernah mendengarnya.. tapi tak pernah mencubanya

    BalasPadam
  2. bagi yang suka berbelanja elok aktifkan mykad untuk dapatkan pelbagai benefits =)

    BalasPadam
  3. nak kena cuba jugak lah.. terpangaruh dah baca ni hehehehe

    BalasPadam