PEMERIKSAAN AWAL KANSER PAYUDARA

/
11 Comments
Januari 10, 2015
Assalamualaikum

Kanser atau barah adalah salah satu penyakit yang begitu digeruni oleh semua orang. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Macam-macam jenis Kanser antaranya ialah KANSER PAYUDARA, KANSER PERUT, KANSER RAHIM / SERVIC, KANSER PARU-PARU, KANSER PROSTAT dan beberapa lagi. Ternyata kalau kita cari dalam wikipedia tentang kanser ni, macam-macam keluar. Banyak info yang kita boleh hadam. Tapi entri kalu ni Papaglamz hanya nak sharing tentang KANSER PAYUDARA. Apakah ia? Apakah TANDA-TANDA penghidap kanser ini dan SIAPA GOLONGAN YANG BERISIKO terhadap kanser payu dara ni.
Kanser Payudara
Untuk makluman semua, kanser payudara merupakan penyakit utama di kalangan wanita seluruh dunia. Majoriti mereka yang menghidap kanser payudara ni membawa kepada maut. Tapi perlu diingat, ajal maut tu di tangan Tuhan. Ini hanyalah statistik kajian dari manusia. Namun, kita boleh mengelak atau pengawal dari pada serangan kanser payudara ni. Setiap wanita haruslah rajin untuk memeriksa payudara mereka sewal usia 20 tahun lagi untuk mengesan tanda-tanda perubahan pada payudara mereka. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri. Tapi bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas, anda sangat digalakkan untuk berjumpa doktor yang bertauliah untuk membuat pemeriksaan berkala.
Kanser Payudara
Antara TANDA-TANDA awal kanser payudara ialah:
  • Berlakunya perubahan pada payudara dan juga puting.
  • Wujudnya ketulan-ketulan pada payudara dan juga di bawah ketiak.
  • Berlakunys perubahan ketebalan kulit di bahagian payudara dan di bawah ketiak.
  • Puting payudara semakin tebal dan amat sakit.
  • Puting payudara terperosok ke dalam.
  • Permukaan payudara yang bersisik, kemerahan, bengkak dan seperti berlian-liang.
Antara  GOLONGAN-GOLONGAN yang berisiko untuk mengdapat kanser ialah:
  • Wanita yang semakin berumur.
  • Sejarah individu yang pernah di serang kanser di sebealah payudara. Maka risiko tinggi untuk payudara yang sebelah lagi untuk terkena kanser.
  • Sejarah keluarga yang pernah mengalami kanser payudara.
  • Faktor genetik dari keluarga.
  • Wanita yang datang haid pada peringkat umur yang sangat awal dan putus haid sangat lewat.
Walaupun kanser ni merupakan penyakit yang membawa maut, namu bagi penghidap kanser ini, Papaglamz menasihatkan agar anda menerima segala ketentuan dengan redha. Teruskan kehidupan anda seperti biasa. Jangan down2. Anda beruntung. Sebab anda tau bila masanya hendak bertemu si Maha Pencipta. Pada masa ini, tingkatkan amalan, banyakkan muhasabah diri. Banyakkan bertaubat. Ingat lah ajal maut tu semua di tangan Allah. Walaupun kita ni menghidap kanser, jika takdir ajal kita belum sampai lagi, Insyallah kita akan sihat.

Mungkin inilah teguran yang tuhan bagi kat kita untuk kita lebih mendekatkan diri pada dia dan meletakkan pengharapan yang paling tinggi padanya untuk menyembuhkan anda. Kerana dialah yang Maha Berkuasa segala-segalanya. Tiada satu makhluk pun boleh menandinginya.

p/s: Tu je la dari Papaglamz. Semoga info ni bermanfaat yer. Maaf jika ade yang tersinggung dengan entri Papaglamz kali ni. Yela mesti ade yang cakap nanti. Papaglamz tak rasa boleh la cakap. Maaf sekali lagi yer.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


You may also like

11 ulasan:

  1. assalam, jemput singgah sini ye
    http://mohdkhairi9197.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Ok nnt papaglamz singgah

      Padam
  2. Good infor papa.. seriyau dengar kanser ni.. sejak bershaklee, mcm2 dapat tau..

    BalasPadam
  3. Tak mampu rasanya.. dah jadi saksi 3 orang kenalan yg menderita sakit ni dan meninggal dunia. semoga berguguran dosa2 mereka bersama kesakitan yg didatangkan. T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Sedihnye kan. Kte kne bersyukur sbb d beri kesihatan yg baik

      Padam
  4. ada terbaca satu paper, bukan wanita je yang boleh terkena penyakit kanser payudara, lelaki pun boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kebanyakannya wanita la yang hidap penyakit ni

      Padam
  5. yang muda pun ada hidap penyakit ni..jiran saya seawal 20an dah ada kanser ni tapi sekarang alhmadulillah..lepas operate buang sebelah dah ok

    BalasPadam
  6. mintak dijauhkan dari segala penyakit

    BalasPadam
  7. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam