SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DAN BARANG KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR

/
12 Comments
Januari 28, 2015
Assalamualaikum

Tentunya menanti kehadiran insan baru dalam keluarga sesuatu yang mengujakan. Pasti si Ibu dan si Ayah ternanti-nanti dan perasaan penuh tanda tanya kan? Lelaki ke... Perempuan ke... Ade yang dah scan dah tau jantina nak tau nanti baby kluar ikut muka siapa. Ayah ke Ibu? Huhuhu. Macam-macam la. Semua ni apa yang Papaglamz rase dulu masa menanti kehadiran Imtiyaz. Kalau sebelum ni Papaglamz share tentang surah-surah amalan ketika ibu hamil. Tapi, kali ni Papaglamz nak share keperluan ataupun barangan yang perlu kita sediakan untuk baby yang bakal menjengah ke dunia realiti ini.
>>> IHSAN DARI DAMIA<<<
Fisrt and most mesti semua akan terpikir pasal baju ataupun pakaian kan? Yer, ni penting sebab bayi perlukan baju untuk menutupi badanya. Kalau ade baju ni, tak la anak kite togel tidak berbaju. Pakian juga seeloknya diperbuat daripada kain cotton kerana ia lebih selesa untuk bayi. Antara baju atau pakian yang boleh disediakan ialah:
  • Baju berlengan pendek atau panjang.
  • Seluar pendek atau panjang.
  • Barut.
  • Sarung kaki dan tangan.
  • Kain bedung atau napkin.
  • Topi.

Selain pakaian, kita harus juga menyediakan lampin untuk bayi kita. Yela tak kan lepas-lepas je keluar dari perut ibu nak suruh masuk tandas buang air segala bagai kan? Hehehe. Jadi, boleh lah kita sediakan:

  • Lampin pakai buang.
  • Pelapik lampin.
  • Tisu kering atau basah.
  • Penyembur air.
  • Beg menyimpan lampin.
Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan set mandian bayi anda. Bayu juga perlu mandi macam Ibu dan Ayahnya juga. Tapi tak boleh la brangan mandian bayi berkongsi sama dengan ibu dan ayah. Kang lain pulak jadinya. Yela kulit bayi ni kan ala-ala sensitif gitu. Jadi anda boleh la sediakan:

  • Cecair mandian khas untuk bayi. Macam-macam produk ade di pasaran.
  • Syampu bayi.
  • Besen untuk mandi.
  • Tuala mandi.
Seperti orang dewasa, bayi juga perlu set penjagaan yang khusus. Lagi-lagi la bayi ni sangat sensitif dengan persekitaran kan. Penjagaan ni meliputi penjagaan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Kita boleh la sediakan:

  • Baby losyen.
  • Baby oil.
  • Baby powder.
  • Minyak telon.
  • Alat pemotong kuku.
  • Kapas muka.
  • Krim mengelak ruam lampin.
  • Thermometer digital.
Selain set penjagaan kita juga seharusnya menyediakan barang-barang keperluan untuk bayi tidur lena. Penyediaan keperluan ini mengikut kemampuan anda. Tak perlu nak over-over sangat sampai terover budget la. Untuk tidur bayi yang lena, boleh kita menyediakan:

  • Tilam yang sesuai untuk bayi.
  • Bantal kepala.
  • Bantal peluk.
  • Cadar atau sarung tilam.
  • Selimut.
  • Untuk tilam Papaglamz gunakan toto je. Lipat-lipat jadi tebal.
Bayi semestinya hendak menyusu kan? Amat bertuah bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anaknya secara eksklusif. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda bolehlah mempersiapkan keperluan seperti:

  • Pam payudara.
  • Bekas penyimpanan susu.
  • Beg pendingin.
  • Nursing cover.
Bagi bayi yang minum susu formula
  • Botol susu bebas BPA.
  • Puting botol susu.
  • Berus botol.
  • Bekas untuk menyimpan botol susu.
  • Bekas untuk menyimpan air panas.
  • Bekas untuk menyimpan air sejuk.
  • Alat untuk sterill.

Bagi si Ibu, anda jangan lupa untuk menyediakan peralatan ketika anda berpantang. Antaranya adalah makanan kesihatan. Untuk pengatahuan, Shaklee mempunyai rangkian produk untuk Ibu-ibu berpantang dan juga menyusukan anak. Banyak kebaikan yang pastinya anda akan rasai dengan mengamalkan produk ini. Sebabnya banyak testimoni pelanggan yang positif. Apa kata anda mencubanya.
Jadi, itu lah tadi beberapa guide untuk kita menyediakan kelengkapan untuk menyambut kehadiran insan baru di dalam rumah tangga kita. Buat para Ibu, jaga kesihatan anda.

IBU SIHAT BAYI PUN SIHAT KELUARGA PUN BAHAGIA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:



You may also like

12 ulasan:

  1. Lengkap maklumat yang diberi. Terima kasih. Boleh baca untuk tambah pengetahuan am je la. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe pojie.. Nanti dh nk ade anak search balik entri Papaglamz yg ni tau.. Hehehe

      Padam
    2. bookmark la entri ni dulu..hehe

      Padam
  2. kalau dah dapat anak nanti boleh rujuk entri ni. Info yang lengkap =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Hajar.. Cecepat yer? Blh order set mengandung n bersalin sekali kt Papaglamz.. Kikiki

      Padam
    2. Lambat lagi kot, kawin pun belum..hehe

      Padam
  3. selalu baca entry ni kat blog mak mak je... hahahah.. first time baca kat blog lelaki!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn pandang sebelah mata naaaaaa.. Hahaahah

      Padam
    2. dah nama pun blog parenting, mestilah ada juga entri macam ni..hehe

      Padam