Tinta Papaglamz |#| Akhlak terpuji Rasulullah S.A.W menjadi ikutan

/
9 Comments
Januari 02, 2015
Assalamualaikum
Rasulullah, Nabi Muhammad
Esok, Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436 Hijrah. Tahu tak tarik apakah itu? Tentunya kita sebagai umat islam seharusnya tahu tarikh tu ialah tarikh di mana Rasulullah S.A.W nabi  junjungan kita lahir ke dunia ni. Bagi orang-orang islam kita seharusnya tahu tentang peristiwa ini. Betepatan dengan sambutan Malidur Rasul pada tahun ini, Papaglamz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pada semua. Semoga kita dapat mengambil seberapa banyak pengajaran yang boleh kita ambil panduan daripada peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Baginda sememangnya baginda seorang tokoh pemimpin yang terulung. Selain sebagai pembawa rahmat sekalian umat, baginda menjadi tauladan dan panduan bagi umat islam dengan sunnah-sunnah baginda. Akhlak baginda harus la kita ikuti demi menjamin kesejahteraan kita di akhirat kelak Insyallah.

Akhlak Rasulullah S.A.W:

Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-perkara yang tidak perlu.
Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu  adalah yang paling baik akhlaknya.”
.
Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”
.
Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”


p/s: Sebenarnya banyak lagi akhlak-akhlak yang sepatutnya kita contohi dari baginda.


Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


You may also like

9 ulasan:

  1. salam maulidur rasul papaglamz..

    BalasPadam
  2. salam maulidur rasul juga buat papaglamz

    BalasPadam
  3. nice sharing..
    mari selalu berselawat kepada Nabi SAW..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nice info... inshaAllah semoga jadi amalan nanti...

      Padam
  4. sentiasa mengingati Nabi Muhamad SAW dgn selawat =)

    BalasPadam
  5. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w

    BalasPadam