29.3.15

3 PERKARA WAJIB ADA SEBELUM ANDA MATI

Assalamualikum

Apabila mati anak Adam, semua benda yang dimiliki akan ditinggalkan di dunia ini kecuali 3 perkara iaitu,
  1. Ilmu yang bermanfaat, 
  2. sedeqah jariah,
  3. doa anak yang soleh.
Ketiga-tiga perkara ini berkaitan dengan sifat memberi...
Ilmu itu tidak akan bermanfaat pada orang lain jika hanya disimpan dalam diri kita sahaja.

Harta yang kita perolehi tidak akan bermanfaat pada orang lain jika kita hanya simpan untuk diri kita sahaja.

Seorang anak tidak akan menjadi soleh jika ibu bapanya tidak memberikan didikan Islam yang baik padanya.

Untuk mendapatkan ketiga-tiga perkara ini, banyak kesusahan yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu,bersenang2  kemudian.....

Ilmu tu harus dipelajari dari mereka yang dah berjaya dan mempunyai kredibiliti untuk mengajarnya. Jika ingin mendalami ilmu bisnes online, carilah mentor yg berkaitan bisnes online.. Jika ingin mendalami ilmu buat kek dan kuih, carilah  guru yg berkaitan yang dah berjaya.. begitulah seterusnya. Dan untuk mengajarkannya pada orang lain, kita harus dalami dulu ilmu untuk mengajar. Setelah cukup bekalan kedua-dua ilmu ini, barulah kita mengajarkannya pada orang lain dan ilmu itu menjadi bermanfaat pada mereka.

-sekian- 

1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com