IMAM MUDA ASYRAF JIWANG | KISAH SAYU DI AWAL USIA PERKAHWINAN

/
1 Comments
Mac 26, 2015



Assalamualikum

Semua pastinya mengenali Imam Muda Asyraf ni kan? Yela popular kan. Bukan hanya popular malah ilmu agamanya yang tinggi tentunya menjadi ikutan anak-anak muda. Papaglamz nak share kisah yang Asyraf kongsikan sendiri di lama sosialnya facebooknya. Ala-ala hindustan gitu. 
Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. 

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...
Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. 

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. 

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. 

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. 

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. 

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.
----------------------------------------------------
By the way, Papaglamz merasai apa yang Asyraf ni rasa. Yela kawen dengan student kan? Cumanya tak la sehebat beliau. Sebab Papaglamz dah bekerja tetap. Memang Papaglamz akui, permulaan usia perkahwinan itu merupakan sesuatu yang sangat mencabar jiwa dan raga. Nasib baik dan alhamdulillah isteri kurniaan Allah untuk Papaglamz begitu memahami. Jarang sekali mengeluh dengan apa kekurangan yang ada pada diri Papaglamz. Di tambah dengan duduk berjauhan. Masing-masing redha jer la. Doakan semoga perkahwinan kami sentiasa irahmati dan mengecapi kebahgiaan dunia dan akhirat.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser


You may also like

1 ulasan: