LELAKI TIDAK SUBUR PUNCA MASALAH ISTERI SUKAR HAMIL

/
0 Comments
Mac 25, 2015
Assalamualaikum

Anak merupakan permata keluarga. Sangat beruntung bagi pasangan yang dikurniakan cahaya mata seawal usia perkahwinan mereka. Namun, ada juga pasangan yang sukar mendapat cahaya mata setelah betahun-tahun usia perkahwinan mereka. Setelah sekian lama tidak mendapat sebarang tanda kehamilan si isteri, ade segelintir pasangan mulalah mencari siapakan punca masalah ini berlaku. Adakah si isteri ataupun si suami. Jadi, dalam entri kali ni, Papaglamz ingin berkongsi punca masalah kesuburan yang dihidapi oleh lelaki dan cara yang terbaik untuk mengatasinya. 

Pada asasnya, statistik menunjukkan 30% masalah ketidak suburan adalah di sebabkan oleh lelaki (Sumber Harian Metro). Nah jelas di sini yang lelaki juga penyumbang dalam masalah kesukaran mendapat anak di dalam sesebuah rumah tangga. 

APAKAH PUNCA MASALAH KESUBURAN SESEORANG LELAKI?

Bagi golongan lelaki, masalah yang biasa dihadapi adalah tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal. Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma , pergerakan sperma dan atau rupabentuk sperma. Keadaan ini berpunca samada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormone, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, lebihan berat badan dan varicocele.
Sperma lelaki ini berpotensi untuk dipengaruhi oleh unsur alam seperti tubuh terdedah kepada cuaca panas yang berlebihan mahu pun bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi. Justeru, bagi memastikan tahap kesuburan adalah normal, lelaki di luar sana dinasihatkan untuk tidak beraktiviti seperti menunggang basikal atau duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama. Memakai seluar dalam yang sendat dan ketat atau pun meletakkan laptop di atas peha anda iaitu kawasan yang berdekatan dengan organ pembiakan lelaki. Penting juga untuk memberhentikan tabiat merokok dan menghindarkan diri dari duduk dalam sauna, mandi air panas dan sebagainya.

Bahan toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras juga perlu dielakkan. Apatah lagi aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah seperti marijuana, ganja mahu pun tembakau! Semua ini akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma lelaki. Malah dadah seperti marijuana berpotensi menyebabkan pergerakan sperma perlahan dan sperma hilang bentuk! Terjejasnya kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan tubuh merendahkan lagi kebarangkalian untuk memperoleh cahayamata.

Tahap estrogen dan testosteron dalam tubuh seorang lelaki itu juga perlu normal. Untuk itu adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang unggul mengikut BMI yang ditetapkan. Pengurusan stress yang baik juga perlu dengan melakukan aktiviti senaman kerana stress boleh menyebabkan masalah tidak subur kerana hormon yang tidak stabil.
Jika anda inginkan Zuriat, pastikan SPERMA anda BAIK, KUALITI dan KUAT. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan ambillah vitamin untuk kesihatan diri anda. Untuk dapatkan Sperma yang berkualiti, anda memerlukan sekurang - kurangnya 3 bulan. Bukannya dalam masa beberapa hari. Oleh itu, Vitamin apa yang anda perlukan? Tentunya :

ZINC 
  • Membantu mengurangkan mati pucuk
  • Menghasilkan Sperma yang berkualiti dan meningkatkan jumlah Sperma
Vitamin E
  • Mengelakkan dari pembengkakkan prostat
  • Mengekalkan saluran darah yang sihat
  • Meningkatkan motility sperma
CoQHealth Plus
  • Memberi tenaga kepada sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yang abnormal
Omega Guard
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mengurangkan keradangan
Sekiranya anda sukar untuk dapatkan zuriat, jangan salahkan isteri 100%. Sila pastikan "aset" anda benar - benar banyak, sihat dan berkualiti.

JADI APA TUNGGU LAGI?

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser


You may also like

Tiada ulasan: