POSITIFKAH ANDA?

/
0 Comments
Mac 29, 2015
Assalamualaikum

Bagaimana untuk kita ketahui kita ini berfikiran positif atau sebaliknya? Mudah sahaja. Hanya dengan menjawab soalan ini dengan jujur, maka kita akan ketahui jawapannya.. Oh ya, jangan risau. Apa jua jawapan, hanya anda yang tahu. Simpan ia elok-elok. Diri anda, rahsia anda, hanya anda dan ALLAH sahaja yang lebih tahu. Jawapan yang anda pilih adalah berdasarkan kepada realiti diri anda sendiri, yang akan menentukan anda berada di dalam golongan mana dan ke manakah ‘arah’ anda.
Soalannya adalah:

Apabila anda melihat kejayaan seseorang dalam perniagaan yang beliau lakukan, apakah sudut pandangan atau persepsi yang pertama sekali datang menerjah di fikiran anda?

A: Anda suka dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka itu. Dan mahu bersahabat dan belajar daripada mereka. Tiada langsung iri hati dan apa sahaja bentuk kata-kata hati yang negatif.
B: Pra sangka buruk seperti menganggap mereka menggunakan kaedah penipuan ataupun apa jua yang buruk-buruk. Perasaan dengki dan benci pula amat meluat-luat menguasai diri. Anda lebih suka melihat mereka gagal dan susah.

Hanya ada dua pilihan jawapan. Yang mana satukah diri anda? A atau B?

Jika A, alhamdulillah. Anda berada di dalam golongan orang-orang yang BERJAYA dan memiliki minda, hati dan jiwa yang baik keadaannya.

Jika B, maka anda perlu lakukan sesuatu sebelum menyesal di kemudian hari. Golongan B ini amat sukar untuk berjaya dan kalau berjaya pun, ramai musuhnya di mana musuh itu dicipta sendiri olehnya. Malah, mereka juga amat takutkan bayang-bayang sendiri.

Golongan B terlalu pesimis dan terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Apa sahaja yang dilihatnya, didengarnya atau diketahuinya, persepsi pertama sekali yang datang menerjah di benak fikirannya adalah yang buruk-buruk sahaja.

Dan golongan B juga amat suka dan gembira apabila individu yang dibencinya itu diperkatakan dengan sesuatu yang buruk oleh orang lain. Termasuk golongan B adalah mereka yang suka memberikan komen negatif, tuduhan melulu dan berbaur provokasi di blog orang lain.

Pendek kata, kalau yang buruk-buruk dan negatif amat mudah menerjah di fikiran kita setiap kali kita melihat sesuatu, itu bermaksud jiwa dan minda kita belum lagi sihat dan positif sepenuhnya.

Apakah pilihan jawapan anda? Shhhh... Diam-diam je tau. Korang je yang tahu. Hehehe.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser


You may also like

Tiada ulasan: