SHAKLEE SASAR PENINGKATAN 50% TAHUN INI 2015

/
0 Comments
Mac 19, 2015
Assalamualaikum

Dengan rasa penuh optimis, Shaklee sangat yakin tahun 2015 akan akan membawa kejayaan yang lebih manis dengan target peningkatan jualan sebanyak 50%. 

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan.

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung.

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam.

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.
-sekian-



You may also like

Tiada ulasan: