3 CABARAN UTAMA DALAM MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAK-ANAK

/
6 Comments
April 18, 2015
Assalamualaikum

Salam ukhwah dari Ibu Dhia buat semua pembaca Papaglamz.com. Ibu Dhia doakan agar pembaca semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Insyallah. Di hujung minggu ni biasalah Ibu, PapaG dan Imtiyaz melepak-lepak je di rumah. Ye la seminggu PapaG tak jumpa Imtiyaz dengan Ibu kan. Kiranya family time tu digunakan sebaik mungkin la bila bertemu. Gituuuu. Hehehe.

Sebenarnya PapaG adA cerita pada Ibu kisah-kisah yang disembangkan dalam group wassap #SahabatBlogger yang PapaG join. Pepagi lagi memasing dah cerita pasal jaga anak. Amboiiii memasing dah kawen ke belum tu. Hehehe.
Buat anak-anak Ibu sekalian, anak-anak itu adalah amanah dari Allah untuk kita. Mereka ini umpama kain putih yang tiada langsung cacat celanya. Jadi, sebagai Ibu Bapa, kita wajib mencorakkan mereka dengan warna-warna indah dan diredhai Allah. Ok, korang rasa la mudah ke nak mencorak atau mewarna anak-anak kecik ni? Sejujurnya, bagi Ibu Dhia, proses membesarkan anak ni banyak cabarannya. Bukan perkara yang memain tau. Mari Ibu kongsikan beberapa cabaran yang Ibu lalui dalam proses membesarkan Imtiyaz.

Cabaran pertama sudah semestinya ketika sedang hamil dan hendak bersalin. Cuba anak-anak semua bayangkan, hamil selama 9 bulan. Membawa entiti yang bernama bayi di dalam kandungan. Berat, letih, demam, emosi dan macam-macam lagi. Semuanya ade. Dalam surah Luqman sendiri Allah telah telah merakamkan tentang kepayahan seorang Ibu yang menghamilkan anaknya kan.

Selepas proses kehamilan, Ibu melalui satu proses yang lebih dahsyat iaitu bersalin. Memang benar Allah katakan Ibu yang sedang hamil melalui kesakitan demi kesakitan (luqman) sehinggalah proses kehamilan, kesakitan yang lebih dahsyat lagi. Sebab itu seseorang Ibu yang sedang bersalin diumpamakan sebagai sedang berjihad di medan perang dan akan mendapat syahid jika seseorang Ibu itu meninggal semasa melahirkan bayi. Selain itu, bila keluar sahaja bayi, hilanglah segala dosa yang kita ada seperti bayi yang baru lahir. Besarkan hikmah melahirkan bayi ni? Rugi jika tidak merebutnya. Tetapi ia bukan mudah. Ia memerlukan lautan pengorbanan dari seseorang Ibu.  Ingat bukan mudah untuk mendapat syurga Allah yang indah itu.

Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam membesarkan anak. Ya cabaran membesarkan anak ni di lalui oleh kedua ibu bapa. Ia termasuklah cabaran emosi, keewangan, dan masa. Berjaga malam memang perkara biasa bagi Ibu. Lelebih lagi Ibu menyusukan Imtiyazkan. Sokmo la kena bangun. Selain menyusukan, keewangan juga merupakan cabaran kami dalam rumah tangga sejak ada anak ni gaji memang majoriti bahagikan untuk anak jer dulu baru la keperluan yang lain. Lagi sekarang ni kan taraf kehidupan yang semakin tinggi  Tapi Alhamdulillah masih mencukupi.


Selain cabaran untuk membesarkan, ibu bapa mesti akan menghadapi cabaran dalam mendidik anak  Bab ni Ibu tak rasa lagi sebab Imtiyaz masih kecik lagi. Ye la, zaman sekarang ni kan macam-macam pengaruh mudah memasuki minda anak-anak ni. Ibu pun agak risau juga nak menghadapi. Tapi, Ibu pasti jika hidup kita mengikut landasan agama yang sebetulnya, insyallah Allah akan membantu kita dalam urusan mendidik anak dan menjaga keluarga kita. Allah itu kan Maha Berkuasa. Selalu la mohon kapadanya. Yang pasti Dia tidak akan pernah jemu mendengar permintaan dan luahan serta rintihan dari hambanya yang soleh dan solehah.
Ok la bagi Ibu, itulah sahaja cabaran utama dalam membesar dan mendidik anak. Pastinya banyak lagi cabaran-cabaran yang harus di lalui oleh ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak. Walaubagaimanapun, jangan pula anda takut nak ada anak bila ibu kongsikan cerita ni. Sebenarnya dalam setiap cabaran inilah Allah nak lihat sejauh mana keimanan seseorang hambanya. Dengan di berikan seribu satu cabaran dan dugaan, ia sedikit sebanyak dapat melorong hati kita untuk terus berserah hati pada Allah bagi memohon petolongan. Insyallah. Wallahualam.

With Love
Ibu Dhia


p/s: Pepagi PapaG dah suruh buat entri ni. Task is complete. Hahahaha. <3 <3 <3 Alhamdulillah

-sekian-


You may also like

6 ulasan:

  1. walaupun blum kahwin.. mimin tau mmg bnyak cabaran jaga budak. sbb mimin pernak mgajar tadika

    BalasPadam
  2. jaga anak buah pun cabaran tinggi jugak hahaha. ada anak buah je :P

    BalasPadam
  3. ibu Dhia ni isteri papa G eh... hahahaha thumbs up!!! kak eny tak tau sbb belum ada rezeki anak.. tapi so far kak eny besarkan adik2 kak eny mmg banyak cabarannya.. alhamdulillah dh 32 tahun jd kakak sulung ni skang dh rasa kemanisanya bila adik2 sayang kak long depa ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar Kak Eny, kenalkan Ibu Dhia isteri saya..

      Padam