#BloggerTalk | Kisah dan Lagu (Istikharah Cinta)

/
24 Comments
April 12, 2015
Assalamualaikum

Kembali dengan segmen #BloggerTalk minggu ini. Masuk minggu ni dah 6 tajuk. Banyak tu. Dan kesemua tajuk Papaglamz join. Jangan lupa untuk terjah-terjah kesemua entri >>>#BloggerTalk<<< Papaglamz yer.

Ok tajuk pada minggu ni tentang kisah dan lagu. Ya allah akhirnya tajuk ni pun terpilih. Senanya dari minggu lepas Papaglamz harap sangat tajuk ni terpilih. Dan kali ni terpilih. Alhamdulillah. Tapi sebelum korang semua baca kisah di sebalik lagu yang Papaglamz nak share, jom layan sikit lagu ni.


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta

<3 <3 <3 <3

Hurmmm.. Camne nak mula ek.. Hahhahha.. #Excited

Ok ok macam ni. First time dapat lagu ni dari wife Papaglamz. Masa tu tak nikah lagi pun. Dan tak tunang lagi. Baru lepas merisik rasanya. Die share dalam facebook. Nak printscreen yang die share entah kat mana entah. Kisah 2 tahun lepas. Huhuhu.

Yup, lagu ni mempunyai kisah yang sangat dekat dengan kisah percintaan Papaglamz dan isteri. Sebenarnya perkahwinan kami ni family planning. Jiran sekampung yer. Kau mampu? Hahaha. Lepas je kerja setahun terus mak Papaglamz merisik-risik khabar anak dara orang untuk anak bongsu dia ni. Pada mulanya macam ala-ala tak nak gitu. Ye la, tak grand la orang tua cari kan ye tak? Memula risik-risik macam olok-olok jer. Tapi dalam senyap-senyap mak Papaglamz merisik khabar secara serious. Maaaatiii laaa. Siap amek no talipon segala bagai kau. Tak pe la demi mak, Papa redha jer. #PapaTakuatNakLawanCakapMak.

Bila nak kawen dengan orang yang tak berapa nak kenal ni. Memula risau jugak. Tapi bila dah mula kenal berbalas message dalam facebook. Sharing-sharing lagu. Yang popular lagu ni la. Sokmo dengar. Siap kalau tengah borak tu background muzik lagu ni ok. Hehehe. Dan lalast ternikah la kami. Merisik bulan 3. Tunang bulan 5 Nikah bulan 8. Mudah kan? Alhamdulillah.

Wanita-wanita yang baik dan suci adalah mereka yang memudahkah perkahwinannya. 
*Kebetulan baru tadi dalam group wassap #SahabatBlogger sembang isu ni.

Macam tu la. Dalam setiap perkara yang kita nak lakukan, kita seharusnya meminta panduan atau pertolongan dari Allah. Kita ni manusia kan, kita tak mampu nak mengatur masa depan kita tanpa bantuan dan pertolongan dari Allah. Jadinya, nak dapat pertolongan tu kena la mintak. So, mintak la petunjuk dari dia untuk kita membuat sebarang keputusan. Insyallah Allah atur langkah kita ke jalan yang elok dan bahagia,

Nak throwback picture kawen la.





.....Tinta kasih buat permaisuri hati.....

Ketika mendambakan cinta suci
Cinta belum datang menyapa
Kerinduan akan cinta bersemi
Cinta Halal atas Nafsu
Rindu Sepi Tunduk Bersimpuh
Menemani malam Bercengkrama
Lantunan Ayat Tersedak Rindu
Cinta 1/3 Malam Cinta karena Allah
Pasangan Suci Nan Mendambakan Surga

-sekian-


You may also like

24 ulasan:

  1. ok pict suwit sangat pejal...nway semoga berbahagia hingga ke jannah...jd anak suami dan papa yg soleh jangan glamz and menggeletisssss sesaje...kahkahkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha.. Menggeletis kena pada tempatnyer..

      Padam
  2. Terbaek.. :)

    Segmen dah bermula. Terima kasih sudi jadi sponsor. Semoga dimurahkan rezeki.

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2015/04/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok.. Smoga segmen mndpt smbutan hangat.....

      Padam
  3. Terbaik papa, za sendiri suka lagu ni, kadang dengar sejuk hati and telinga. terkadang hiba tapi berserah kepadanya....

    mohon terjah ye :-

    Done Update :-
    Minggu ni kisah dan lagu buat za terngiang-ngiang sambil bergenang airmata wooo...

    http://akujejaricomel.blogspot.com/2015/04/bloggertalk-kisah-dan-lagu.html

    #sahabatblogger
    #bloggertalk
    #akujejaricomel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu za.. Kita serah je pada allah utk tentukan. Dia sebaik perancang..

      Padam
    2. Btul tu za.. Kita serah je pada allah utk tentukan. Dia sebaik perancang..

      Padam
  4. Ohhh suwit sgt papa tau.. kuruihnye papa dulu... pape pon tahniah
    semoga kekal ke jannah..
    aminn..
    sllu je xsmpt nk Follow bloggertalk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaja.. Ok.. Statement KURUIHNYE PAPA DULU tu sentap...!!!! Hakhakhak..

      Padam
  5. lagu nie best pejal.. teringat plk kat seseorang cewah 😄😄😄..fofular sekarang pejal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hamboi.. Ingat katcsape le tuwww.. Nak pengsan bila aku penghibur drop komen kat Papaglamz.com. helppp helppp.. CPR please.. :op

      Padam
  6. comelnye pic trobek.... mesti trubat rindu kan...

    nad memang suka lagu ni kalau dgr nangis punye.. kenangan dia :( tak sanggup dikenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Kengan indah jgn d lupakan. Kenangan yg x brapa indah tu jdkan pedoman..

      Padam
  7. sekarang ni jarang dengar mak tolong carikan jodoh untuk anak..mmg sweet la..hihi.

    BalasPadam
  8. umak aih... ensem gile... ni kalau tak effect 360, mesti penangan photoshop nih... hehehehe

    BalasPadam
  9. Uik curi lagu kita hahaha... apa2 pun smoga berbahagia hingga akhir hayat pejal ya... belum ada kekuatan nk menulis #bloggertalk 6 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin... Semoga ekin di beri kekuatan.. Get well soon ye ekin..

      Padam
  10. sweet angat,hihihi moga till jannah :)

    BalasPadam
  11. sweet nya papaglamz ni..wife pun comeyy..hehehe..sy suka lagu ni..bestttt

    BalasPadam
  12. siap buat background muzik masa balas2 mesej kat facebook tu IS SO JIWANG THE KARATZZZZ....!!

    hahahahaaa... :)

    semoga bahagia ever after forever till jannah ehh PapaG... hehehhee..

    BalasPadam