CINTA KERANA ALLAH (BINGKISAN BUAT SANG PENCINTA)

/
0 Comments
April 13, 2015
Assalamualaikum

Sejak join segmen #BloggerTalk tajuk tentang >>>Kisah Dan Lagu<<< ni terasa aura-aura throwback kisah pencintaan Papaglamz dan wife amatlah tinggi. Hehehe. Gigih la selongkar loker belek buku yang Papaglamz dapat dari wife Papaglamz. Salah satu buku yang Papaglamz dapat ialah CINTA KERANA ALLAH karangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Buku ni Papaglamz dapat just after kami berdua bertunang. 

“Cinta itu suatu kuasa kerana ia terletak di dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia”

“Cinta bukan hanya sekadar madah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan daripada Allah Yang Maha Indah. Jesteru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata... AKU CINTA PADAMU KERANA ALLAH” 

Itulah tadi antara bait-bait kata yang tercatit di dalam buku ini. Tu baru mukaddimah tau. Tangkap lentok terus. Sejujurnya, buku ni penuh dengan bait-bait cinta yang boleh menggetar jiwa si pembaca. Ade yang getaran itu berupa tamparan ada juga getaran yang terhasil dari keinsafan dek nasihat-nasihat yang diberi oleh penulis di dalam buku ini. 

Dengan garapan mantap 40 tajuk utama yang berkisah tentang alam sebelum perkahwinan dan menerjah masuk alam perkahwinan yang penuh dengan keindahan, penulis juga tidak lupa menyelitkan sedikit kisah dugaan dan cabaran yang mampu membuatkan api percintaan kian malap bersama peleraian-peleraian masalah yang timbul di dalam sesebuah rumah tangga. Buku ini juga sarat dengan bait-bait nasihat dan kata-kata bermadah yang boleh dijadikan pedoman buat suami dan isteri.

Bagi Papaglamz, persembahan gaya penulisan yang bersahaja sangat menarik hati Papaglamz untuk membaca bermula dari muka surat pertama sehiggalah ke helaian yang terakhir buku ini. Tahniah Ustaz Pahrol di atas naskah yang penuh berharga ini. Beliau merupakan penulis yang sangat disegani dan dihormati serta berpengalaman sebagai seorang penulis kolumnis, majalah, pencipta lirik dan banyak mengendalikan program-program motivasi dan latihan. Nak kenal dengan beliau >>>KLIK DI SINI<<<

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin,
Menimbul seribu ingin,
Terasa meresap sukma cinta,
Membakar hatiku yang dingin,

Desir-desir daun,
Melarik pohon merimbun,
Merangsang rindu bertemu,
Bilakah cinta akan bertemu?

Ah.. bila cinta yang SATU,
Mudahlah kita bertemu,
Jauh pun bukan alasan,
Pada satu pertemuan.

Dalam solataku doakanmu,
Walau jarak kita beribu batu,
Munajat ini mekar bersama rindu.

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: