12.4.15

REDAH ALLAH LETAKNYA PADA SUAMI

Assalamualaikum

Bersama Ibu Dhia di dalam entri ini. Kali ini Ibu Dhia ingin berkongsi satu nasihat yang di berikan oleh Dr Muhaya. Ibu Dhia dapat dari sini >>>Dr Muhaya<<<. Semoga Perkongsian ini dapat membentu saya dan anda semua yang bergelar isteri untuk menjadi lebih baik lagi Insyallah.
_________________________________________________

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.
____________________________________________________

Saya IBU DHIA
Berpengalaman berpantang dengan SET BERPANTANG serta SET PENYUSUAN Shaklee. 

 
 Untuk Maklumat Lanjut
Wassap 0136380445
Facebook : Saadiah Fauzi
www.ibudhia90.blogpot.com
COD : Temerloh, Kuantan, Maran
Pos seluruh malaysia 

-wassalam- 

1 ulasan:

  1. Allahu...entry yg sgt bermanfaat...sama2 kita ambil ikhtibar...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com