Binatang Lebih Baik Dari Kau | Berita Bayi Dikerat 15 Bahagian

/
6 Comments
Mei 19, 2015

Bayi comel tidak berdosa dibuang, dikerat, dan dibaling dan macam-macam lagi


Assalamualaikum

Sedang seronok berborak dengan kawan-kawan, tiba-tiba datang kawan yang lain menunjukkan gambar bayi yang dikerat dan dibuang oleh ibu bapanya. Hati Papaglamz terus sebak, sedih dan bermacam lagi. Kasihan melihat nasib si kecil tidak berdosa hasil dari tindak tanduk manusia yang tidak bertamadun seumpama di zaman jahiliah dahulu. 

Sedih yang amat. Tu la manusia yang lebih teruk dari binatang. Binatang pun sayang dengan anaknya. Pernah dengar berita kambing kerat anak sendiri dah tu buang dalam parit ke, longkang ke. Mesti lah tak ade kan? Manusia jer. Ini lah jadinya jika iman semakin pudar dalam hati. Nafsu pula menguasai diri. Lahirnya si kecil yang tidak berdosa tentunya bertitik mula dengan zina. Walhal, terang-terang Allah SWT mengharamkan zina. 
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”
Kebanjiran Anak Luar Nikah. Di manakah Imej Kita? pernah Papaglamz cerita isu ini. Anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan ibu dan ayah yang goyah iman dalam hidupnya. Terbaru, cerita tentang bayi di kerat dan di buang. Masyallah, Papaglamz tak dapat memkirkannya. Bagaimana, seorang manusia, sanggup potong-potong bayi depan matanya. Satu persatu. Korang dapat bayang tak? Kekejaman apakah ini? Manusia apakah ini? Hasil dari postmortem, bayi tu di kerat setelah ia meninggal dunia. Sedih....!!!!


JOHOR BAHRU – Berhati syaitan. Itulah yang boleh digambarkan daripada penemuan 15 cebisan anggota badan seorang bayi yang dikerat-kerat sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini kelmarin.
Anggota badan bayi itu ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh empat pekerja kontraktor yang melakukan pembersihan pada perangkap sampah di loji yang mengumpul sisa kumbahan daripada 1,288 unit PPR tersebut.

Penemuan itu menggemparkan 6,000 penghuni di empat blok itu dan sehingga semalam mereka masih tertanya-tanya angkara siapakah kejadian menimpa bayi malang itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, seorang pekerja terkejut apabila ternampak beberapa objek mencurigakan tersangkut pada besi perangkap sampah di loji kumbahan yang beroperasi sejak perte­ngahan tahun 2009.

“Pekerja itu dan rakan-rakannya kemudian mengumpul semua ce­bisan manusia itu, antaranya kaki dan tangan.

“Namun selepas dua jam, empat pekerja itu gagal menemui bahagian kepala bayi menyebabkan mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang me­nerima maklumat pada pukul 1.30 petang terus ke lokasi dan mengesahkan cebisan 15 anggota badan itu dipercayai milik seorang bayi.

Difahamkan polis tidak menolak kemungkinan anggota badan bayi yang mungkin baru dilahirkan sengaja dikerat-kerat sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas dan dipam.

“Tindakan itu menyebabkan anggota badan bayi itu terlekat pada perangkap sampah loji kumbahan,” kata beliau.

Tak dapat Papaglamz nak membayangkan. Harapnya anak yang comel ini akan bahagia hidup di syurga. Memang dah di janjikan syurga untukmu. Biar pun hidup di dunia hanya sekejap sahaja dan diperlakukan sebegiturupa, ingatlah di alam akhirat kau pasti gembira. Insyallah. Al-fatihah

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

6 ulasan:

  1. Ya Allah! Betapa kejamnya orang yang melakukan perbuatan keji seperti ini :(

    BalasPadam
  2. Allahu, kejam sungguh manusia sekarang. Tak berhati perut. Dapat rezeki dipersiakan. Ramai lagi pasangan luar sana yang nak anak tapi susah nak dapat, Depa senang dapat, senang buang.

    BalasPadam
  3. Ya Allah kejam sungguh! Ni apabila nafsu letak kat kepala, akal letak kt kaki, iman campak dalam longkang.. Astagfirullah

    BalasPadam
  4. Seram bulu roma baca... Peritnya azab yang ditanggu baby tu disaat2 akhir.
    Pergilah syg, dunia nie terlalu kejam utk mu. Semoga dikau berbahagia disisiNya..

    BalasPadam