Cikgu Tetap Dengan Myvi

/
5 Comments
Mei 16, 2015

Tarikh Sambutan Hari Guru


Assalamualaikum

Selamat pagi Papaglamz ucapkan buat semua pembaca yang sudi singgah di blog ini. Waktu entri ini di tulis pada 16 May 2015 merupakan Hari Guru. Pepagi dah on laptop nak buat satu entri khas bersempena hari guru. 

Guru atau cikgu memberi maksud yang sama. Tentunya semua insan yang berada di dunia ini menpunyai guru kan. Tak kira la, di sekolah, rumah dan di mana-mana sahaja. Asalkan dia pernah memberi kita ilmu, dialah guru. Guru teragung yang wajib bagi umat islam jadikan tauladan tak lain dan tak bukan ialah Rasulullah SAW. Dialah pendidik yang teragung, menerangi hati setiap manusia dengan cahaya keimanan demi kelangsungan hidup di dunia dan di akhirat.

Selain itu, guru pertama yang mendidik diri Papaglamz tak lain dan tak bukan ialah mak dan bapak kite la. Mak dan bapak la yang mengajar kita merangkak, berjalan dan berlari. Seriously, tanpa mereka we all is nothing. Sayang mak dan bapak soo muchieee. :-)

Cikgu di sekolah juga seorang pemberi ilmu yang tidak pernah jemu. Walaupun memberi ilmu bukan pada anak sendiri, namun pengorbanan yang di curahkan oleh seorang guru adalah terbaik. Di sekolah kekadang tu dialah cikgu, dialah juga tukang masak, dialah tukang kebun, dialah tukang tukar lampin, dialah ibu, dialah bapa dan dialah segalanya. Tugas seorang pendidik amat lah tinggi darjatnya. Apa tidaknya ia merupakan salah satu sifat seorang nabi iaitu Tabligh (menyampaikan). 

Isteri Papaglamz sendiri, Ibu Dhia merupakan seorang pendidik. Nyata dan jelas guru itu perlu banyak berkorban. lebih-lebih lagi dalam suasana pendidikan pada zaman kini. Bila berdepan dengan pelajar-pelajar yang kian pudar adap tatasusilanya, memaksa guru-guru untuk lebih bersabar dan kuat pendirian. Lebih-lebih lagi budak-budak sekarang ni tak boleh di sentuh sikit. Kang terpampang la gambar dalam Metro ke, Berita Harian ke, Buletin Utama ke dan sebagainya. 

Namun, walau bagaimanapun cabaran dan rintangan, seorang pendidik itu tetap setia mencurah bakti dan ilmu. Mereka mahu pelajar-pelajar di bawah didikannya membesar dengan cemerlang dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Seorang guru mahu melihat anak didikannya berjaya menjadi seorang yang hebat dan mempunyai kehidupan yang baik. Biarpun guru tetap seorang guru yang hanya menggunakan kereta Myvi ke sekolah, tapi mereka pasti bangga jika mengetahui anak didiknya menjadi seorang hartawan yang dermawan yang mempunyai kehidupan yang senang. 

Di kesempatan ini, Papaglamz ingin megucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Ramai sebenarnya ahli keluarga Papaglamz yang merupakan seorang pendidik, Abang, Akak, Mak Cik, Pak Cik, Isteri, Mak Mertua, Ayah Mertua, Adik Ipar dan ramai lagi la, Kalau cuti sekolah tu meriah la balik kampung masing-masing. Kita je tak de aura-aura nak jadi cikgu. Tapi, dapat bini cikgu jugak. Hahaha. Semoga para guru dapat teruskan mencurah bakti pada anak-anak didiknya dengan sabar dan tabah. Walaupun, tiada apa ganjaran di dunia, ingatlah Allah pasti membalas jasa anda sebagai penyampai ilmu. Insyallah.

Sajak sempena hari guru buat semua karangan Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

With Love
Papaglamz 

-sekian-


You may also like

5 ulasan:

  1. Selamat pagi ! Selamat hari guru untuk isteri papaglamz dan guru2 seluruh dunia

    BalasPadam
  2. Selamat hari guru kepada wife papaglamz..

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru kepada wife Papa :D

    BalasPadam
  4. selamat hari guru Ibu Dhia... (baru tau wife papa cikgu hehe)

    BalasPadam
  5. selamat hari guru untuk semua yang pernah menjadi pendidik even small little things. tapi bawa makna besar dan mampu ubah hidup kita di dunia ini

    BalasPadam