Isi Kandungan Resume Lengkap Untuk Memohon Pekerjaan

/
0 Comments
Mei 13, 2015

Menjadi job hunter dengan mempunyai ciri-ciri resume yang baik

Assalamualaikum

Ingat lagi entri Papaglamz tentang 9 pekerjaan popular di Malaysia? Alhamdulillah jika masih ingat. Adik-adik nak tahu tak? Dalam usaha mencari pekerjaan perkara utama yang seharusnya adik-adik perlu titil beratkan ialah dalam membuat resume. Resume ni menjadi sebagai pengganti diri yang pertama sekali kita akan tunjukkan pada bakal majikan kita. Tentu sekali, pandangan pertama majikan terhadap kita seharusnya positif. Dengan ini penyediaan resume yang mantap mampu memberi persepsi yang baik tentang diri anda.

Berikut adalah contoh format resume yang Papaglamz gunakan semasa Papaglamz menjadi job hunter dulu. Harap boleh di jadikan panduan buat semua.

ciri-ciri_resume_yang_baik

ciri-ciri_resume_yang_baik

Antara ciri-ciri resume yang baik yang boleh kita ikut adalah seperti berikut:


1. Memberitahu jawatan yang hendak dipohon.

Bila kita memberitahu jawatan yang hendak dipohon, ini akan memudahkan bakal majikan mengenal pasti permohonan kita. Permohonan tanpa memberitahu jawatan yang dipohon akan membuatkan bakal majikan kita tertanya-tanya dan menyusahkan pihak mereka. Jadi, bad impression telah wujud di situ. Jadi, sila perihatin tentang hal ini.

2. Pastikan meletakkan gambar tebaru anda yang formal

Meletakkan gambar di dalam resuma adalah sesuatu yang penting. Pastikan anda menggunakan gambar yang kemas dan professional. Bukan selfie tau.Buat lawak je kalau letak gambar selfie. Dengan gambar jugalah memberi persepsi awal bakal majikan anda terhadap anda.

3. Resume anda ringkas dan padat

Pastikan resume tidak teralu panjang lebar macam novel. Tiada siapa yang nak membaca. Biar ringkas dan padat. Penuh dengan informasi-informasi tentang diri anda. Latar belakang, pengalaman-pengalaman yang ada, sejarah pendidikan dan sebagainya. Di sini anda perlu kreatif agar resume anda tidak menjadi novel yang panjang berjela.

4. Gunakan jenis tulisan dan kertas yang sesuai

Dalam menulis resume, anda haruslah menggunakan jeni tulisan yang sesuai agar ianya mudah dibaca. Jangan gunakan saiz tulisan terlalu kecil sehingga kan sukar untuk dibaca dan jangan pula gunakan saiz yang terlalu besar. Kebiasaanya resume menggunakan tulisan bersaiz 11-12, jenis tohama, arial, verdana ataupun calibri.

5. Tonjolakn kebolehan, Kemahiran dan Pencapian

Majikan biasanya akan menerima permohonan yang banyak bagi setiap jawatan yang perlu diisi. Jadi, anda harus ‘stand out’ di dalam permohonan anda. Lupakan tentang ribuan calon yang turut bersaing dengan anda sebaliknya tumpukan kepada kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri anda. Tonjolkan semua kelebihan yang ada pada diri anda untuk meyakinkan majikan bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga.

6. Maklumat yang sesuai dan Relevan

Pengisian maklumat di dalam sesebuah resume haruslah sessuai dan relevan. Bakal majikan tidak ada msa untuk membaca info-info yang sangat banyak di dalam resume anda. Jadi, pastikan, hanya maklumat yang penting dan sesuai sahaja yang anda tulis di dalam resume anda.

7. Jujur

Ingat jangan menipu di dalm resume. Risiko yang sangat tinggi jika anda menipu. Elakkan memberi maklumat palsu. Kerana permohonan anda akan di tolak serta-merta. Bahaya kan?

8. Cover letter

Ini adalah yang terakhir. Pastikan kepilkan bersama cover letter ketika anda menghantar resume kepada majikan anda. Ini akan menampakkan anda begitu professional dan beradap.

Jadi, bagi job hunter semua, jom update resume agar lebih elok dan bakal majikan kita tarik. Semoga perkongsian ini berguna. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-




You may also like

Tiada ulasan: