Kreatif |Tutorial Membuat Bunga Kertas Crepe atau Tissue Yang Mudah dan Cantik

/
10 Comments
Mei 27, 2015

DIY Cara membuat bunga kertas Crepe / Bunga Tisu


Assalamualaikum

To ladies.. Tentu korang suka kan bila bercakap paal bunga-bungaan ni kan? Ok untuk entri kali ini Papaglamz ingin berkongsi cara yang mudah untuk membuat bunga dari kertas crepe / tisu. Bunga-bunga ini boleh la engkorang gunakan buat hiasan ataupun buat bunga telur masa majlis kawen engkorang nanti. 

Papaglamz guna bunga tisu ni msa Papaglamz buat barang hantaran masa bertunang dulu. Gambar tak ade la pulak. Laptop lama kena curi. Beli laptop baru semua gambar kenangan hilang. Gambar kawen pon. Sob sob sob. Ade la sikit yang di cuci dalam album.

Ok ok. Lari topik pulak. Untuk membuat bunga yang crepe / tisu ni, korang cuma perlukan beberapa bahan di bawah ni:

Gunting
Kertas Crepe / Tissue
Tali

 Papaglamz gunakan 6 keping tissue
Kalau gunakan kertas crepe, korang kena potong segi empat tepat mengikut saiz yang diingini

 Ok dah siap potong?
Kalau sudah bagus.
Sekarang ni susun kesemua tissue atau kertas crepe yang teleh di potong tu.
Seperti gambar di atas yer

 Sekarang lipat susunan kertas tadi seperti melipat kertas.
Anggaran ukuran lipatan ialah 0.5 CM lebar.
Lipat sampai penghujung kertas tadi.

 Sesudah siap melipatm kita ikat pulak.
Ikat di bahagian tengah-tengah lipatan tadi.
Boleh refer gambar di atas kat mana nak mengikatnya.

 Dah siap ikat?
Jika sudah, Potong di hujung lipatan tadi.
Potong bentuk separa bulat.
Potong di kedua-dua belah seperti gambar di atas.

 Kembangkan lipatan kipas tadi seperti gambar di atas.
Dah nampak kan rupa bentuk bunga yang akan kita buat ni?
Hehehe

  Ok sekarang masuk step yang tricky sikit.
Kan tadi kita tindih-tindih kertas tadi kan?
Jadi, sekarang, kita akan kembangkan helain tadi satu demi satu.

Permulaan, tarik helaian pertama kertas ke bahagian atas perlahan-lahan.
Kena berhati-hati takut kertas koyak.
Habiskan menarik helaian pertama sampai habis

Setelah siap helian pertama, tarik pula helian kedua.
Proses ini berulang sehingga habis kesemua 6 helian itu.

 Gambar di atas adalah contoh kesemua enam helaian di bahagian kiri telah di tarik.
Kita perlu tarik bahagian kanan pulak.

 Inilah hasilnya pabila kesemua tissue tadi telah di tarik
Cantik kan?
Unutuk lebih cantik, korangboleh guna kertas yang berwarna-warni

 Papaglamz gunakan bunga tissue ni sebagai salah satu hisan 5S dalam makmal.
Sebab dalam makmal sangat banyak tissue.
Save budget disitu. 
Muahaha

Gambar di atas ni rngkasan langkah demi langkah untuk membuat bunga ni.
Selamat mencuba

-sekian-


You may also like

10 ulasan:

  1. kreatif dan sgt jimat..nak lg sng beli kt daiso..pastu bukak2 kan je..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. lahhh,tak susah rupanya nak buat yea..boleh try la ni..

      Padam
  2. Fuyoo snang jer..hehe rajin no pejal buat diy ..hehe

    BalasPadam
  3. dekt rumah pun ada jugak. tapi pakai plastik

    BalasPadam
  4. cantik, lembut je bunga tisu ni, sesuai utk dijadikan hantaran juga :)

    BalasPadam
  5. Wahh kreatifnya papaglamz. Tak pernah terfikir pun nak buat bunga kertas pakai tisu. Hehehe

    BalasPadam
  6. cantik... teringat bunga ni... masa sekolah rendah dl pernah buat, tp akak panggil bunga carnation...

    BalasPadam
  7. wah PapaG membuktikan lelaki juge boleh buat bunga crepe ni...

    BalasPadam