Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

/
5 Comments
Mei 30, 2015

Inovasi Aiskrim Pasu di Malaysia

Assalamualaikum

Papaglamz pasti ramai yang mengatahui tentang aiskrim pasu ni kan? Dan kini aiskrim pasu tengah popular. Sebab apa popular? Sebab ianya sangat unik. Yela, biasanya pasu ni orang gunakan untuk tanam bunga. Ni tempat untuk makan aiskrim pulak. Pelik kan? Tapi ianya benar yer.

Kali pertama Papaglamz dengan perihal aiskrim pasu ni awal tahun ni. First time dengar pelik dan macam tak percaya. Tapi lama-lama Papaglamz rasa ianya benar. Sebab ternampak orang makan. Sebenarnya konsep aikrim pasu ni sama je dengan aiskrim cedok yang lain. Cuma kelainannya hanyalah cara ia di hidangkan. Aiskrim pasu di hidangkan di dalam pasu. Manakala aiskrim cedok yang lain dihidangkan dengan menggunakan biskut kon ataupun cawan.

Bercakap tentang aiskrim pasu, baru-baru ni Papaglamz berkesempatan mencuba aiskrim pasu ni. Kebetulan pasar malam di taman rumah Papaglamz ade jual. Dah terjumpa tu apa lagi. Papaglamz cuba la satu. Memang comel. Siap ade bunga-bunga menunjukkan ianya pasu yang berbunga. Memang cantik la. Kecantikan dan kecomelan tu la yang sebenarnya menjadikan aiskrim ini begitu unik. 
Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel
Haa nampak tak? Comel kan aiskrim pasu ni? Korang jangan lupa untuk mencuba tau? Banyak versi tau. Ni versi pasar malam. Ade juga yang versi VVIP kot. Korang cari la kat kedai-kedai exclusive. Mesti diorang bagi pasu bunga dari tanah liat. Abes je makan aiskrim tu, boleh la buat tanam bunga pulak. Sangat berguna dan mesra alam. Mengurangkan pembuangan sampah di persekitaran gitu. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

5 ulasan:

  1. alahai papaglamz.. knape kecik sgt tuu.. hehe
    jom singgah dan komen entry latest ni :)

    BalasPadam
  2. Pasu tu jangan buang tau...mana tau leh tanam kangkung dalam pasu..eh..eh...hahahhaa

    BalasPadam
  3. time panas2 cam ni mmg best sgt ler mkn aiskrim...

    BalasPadam
  4. comel je.nak makan pun sayang aihh...

    BalasPadam