Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant

/
8 Comments
Mei 28, 2015

Blogger Gathering, Bangi Golf Resort Restaurant


Assalamualaikum

Kalau nak di kirakan blogger gathering yang first Papaglamz dapat join masa di ECM Kuantan. Tu pun sebab ada event SEMBONIA. Dapat la jumpa blogger yang berada di sekitar Kuantan ni. Sekali pegi event, sekali la kami buat gathering. Tak pernah kenal langsung pun. Nak tau cerita lanjut klik di sini.

Kali yang kedua, Papaglamz join blogger gathering ni kat Bangi Golf Resort (BGR). Masa ni pun ade event jugak. Ramadhan Buffet Review di BGR Restaurant. Kat bangi yer. Gigih tak Papaglamz travel dari Kuantan ke bangi untuk join event ni. Tak pe. Papaglamz nak cri pengalaman. Hehehe

Sebenarnya bukan la gathering sangat pon. Cuma, kami dari Exchange Feed Group sama-sama ke event ni. Tapi tak semua la. 5 orang rasanya yang registered under EFG yang join. For the first time jumpe kot. Sebelum ni dik meriah sembang dalam group wassap dan telegram jer. Siap hang-hang bagai la handset Papaglamz tu. Cuma nak tunggu meletop jer. Hehehe. 

Bila jumpa agak terkejut la jugak. Lebih-lebih dengan si Ewan dari www.wayneharraz.com ni. Seriously, dalam picture nampak lain, bila live lain. Duduk semeja pulak dengan Papaglamz, depan-depan kau Papaglamz tanya kenapa dalam gambar lain. Huhuhu. I iz mencari kepastian. 

Selain Ewan, Papaglamz jumpa PCL dari www.nazlee.com jugak. Haaa PCL ni la PR kitorang untuk event kat bangi ni. Tanpa PCL ni tak merasa la Papaglamz nak join event macam ni dek non. Terima kasih PCL. Kalau ade event lagi, kabo ke kite la yer. Nak join lagi. Meluaskan empayar gitu. Muahaha.

Selain jejaka berdua tu, Papaglamz jumpa dengan si cilik molek Mommy Irra dari www.irrayyan.com jugak tau. Mommy ni la founder Exchange Feed Group merangkap pengetua kami gitu la. Papaglamz jugak terkejut dengan mommy ni. Ye la, selama sembang-sembang dalam wassap dan telegram nampak gambar macam sesedang besar je orangnyer. Tapi bila live, kuuuuuuss semangat. Kecil-cecil cili padi gitu. Nampak macam bebudak lagi. Tapi anak tiga ok. Nak kabo semula ANAK TIGA yer. Apalah rahsia tu. Cube share sikit kat kami ni. Hehehe.

Sebenarnya ade lagi blogger-blogger dari EFG yang join event tu, cuma bukan register bawah Exchange Feed Group la. Contoh Kak Suria Amanda, Kakak Lynda, Yanie dan sebagainya Eh jap, ada lagi sorang blogger yang mewakili EFG. Kak Ami dari www.shamieraosment.com. Haaa ni ade kisah. Tapi sebelum tu, nak mintak maaf bebanyak pada Kak Ami sebab tak tegur Akak time tu. #JunjungKasihPermaisuriAmpunTuanku. Seriously, Papaglamz tak perasan. Padahal Kak Ami pakai je baju rasmi EFG tu. Tapi tak nampak. Yela, Kak Ami pakai tudung labuh ala-ala ustazah gitu. Tak nampak la logo die. Di tambah pulak, Kak Ami macam ade bodyguard. Takut Papaglamz nak tegur. Maaf ye Kak Ami. Nanti-nanti kita jumper yer. Hehehehe. Tapi malam tu dah menang hamper yang sangt besar kan? Ala.. Cincai-cincai la. Kasi kosong sesama kita ni yer. Muahaha.
Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Geng-geng lelaki dri EFG kat event tu.
Dari kiri PCL, Papaglamz, Ewan, Danish (anak Ewan)

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Ni la kami berempat. Sepatutnya ada lagi sorang Kak Ami.
Tapi...........
#JunjungKasihPermaisuriAmpunTuanku
Yang bertudung tu la Mommy Irra merangkap Pengetua EFG.

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Haaa ni ala-ala nak lawan siapa paling kecik.
Yang tengah tu Ibu Dhia korang yer. Wife Papaglamz.
Comelkan? 
#Kbai

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Beriyenyerrr.
Korang rasa apa yang kami sembang kan?
Ce teka.. Ce teka..
Hehehe

Ok la sampai sini dulu cerita kemerapuan Papaglamz ni. Nanti-nanti sambung lagi dalam entri lain Macam banyak lagi jer cerita-cerita dalam mode Event kat Bangi Golf Resort Restaurant tu. Jangan bosan yer. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

8 ulasan:

  1. ye lah..ye lah..kasi cincai la.. :P

    BalasPadam
  2. pcl , irra saiz standard..korang la papaglamz n ewan spesis giant !! mmuahhhahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami stok2 model tak kesampaian gituu.. Muahahaha..

      Padam
  3. Ada org tu mula2 tegur SA...beta plak confuse...terus tanya siapa dr blog mn eh...terus dia ckp EFG papaglamz....huhu.....

    BalasPadam
  4. wah..best nya ulzss..mini gathering EFG..terbaikk

    BalasPadam