Papaglamz Berjumpa Dengan Penyanyi Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

/
5 Comments
Mei 29, 2015

Lirik Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash


Assalamualaikum

Siapa tak kenal dengan penyanyi terkenal Nash yang popular dengan lagu Pada Syurga di wajahmu. Papaglamz pasti ramai yang menjadi peminat tegar Nash ni. Nash pada mulanyaber giat aktif dalam dunia seni bermula dengang munculnya kumpulan rock Lefthanded. Korang nak tau, sekitar tahun 1979 ke tahun 80-an, Lefhanded ni merupakan kumpulan rock yang sangat aktif di Malaysia. 

Cukup la sikit-sikit yer. Hehehe. Nak di jadikan cerita, Papaglamz terjumpa dengan Nash ni di Bangi Golf Resort Restaurant (Masih lagi entri mood Review Ramadhan Buffet). Mulanya nak tegur malu. Sebab tak sure betul ke tidak. Ye la, bila tengok orang live ni kekadang lain sikit. Papaglamz memberanikan diri mendekati Nash dan mintak snap gambar. Dengan ramah dan sopannya, Nash kata ok. Haaa ni la gambar Papaglamz, Ibu Dhia dan Nash. Sempat borak kejap jer. Sebab dah malam nak balik.
Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Ok la. Tu je nak cerita dalam entri ni. Sebelum tu jom layan lirik lagu Pada Syurga Di Wajahmu.

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

With Love
Papaglamz

-sekian


You may also like

5 ulasan: