RESEPI DAGING MASAK MERAH SEMERAH HATIKU

/
5 Comments
Mei 07, 2015

RESEPI DAGING MASAK MERAH


Assalamualaikum

Dulu-dulu time student selalu makan kat kedai nasi putih daging merah. Rasa begitu la tak rasa. Memalam ni kita cari resepi. Mana tau weekend ni wife Papaglamz rajin nak tolong masakkan. Hehehe.

RESEPI DAGING MASAK MERAH


RESEPI_DAGING_MASAK_MERAH

Bahan-Bahan:

● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang

Caranya :

1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Selamat mencuba uolsss

-sekian-


You may also like

5 ulasan: