Resepi Maggie Goreng Perencah Sendiri Yang Amat Mudah dan Ringkas

/
14 Comments
Mei 23, 2015

Menu Maggie Goreng Sihat


Assalamualakum

Sepatutnya malam-malam sabtu macam ni Papaglamz akan berjumpa dengan Ibu Dhia korang. Tapi, oleh kerana masing-masing ada urusan, maka esok la kami bertemu. Nak di jadikan cerita hari ini Papaglamz balik kerja lambat. Pukul 7.30 baru sampai di rumah. Sesampai je di rumah, Alhamdulillah, hujan turun dengan sangat lebatnya. Ingat balik kerja nak mandi-mandi siap ape semua nak keluar makan, tapi hujan lebat. Tak boleh kemana-mana. 

Dengan berbekalkan DHA dalam otak yang berhubung dengan jayanya dan dengan rasa perut yang teramat lapar. Papaglamz buat road tour la di dapur mencari ape yang ade untuk di makan. Godek-godek gerobok kat dapur, maka, jadilah Maggie Goreng Perencah Sendiri Yang Amat Mudah dan Ringkas.
Resepi Maggie Goreng Perencah Sendiri Yang Amat Mudah dan Ringkas
Korang jangan pandang pada rupanye je tau
Ala ni maggie goreng biase jer. Tapi, Papaglamz buat perencah dia sendiri. Tak guna perencah yang dah di sediakan. Huhuhu.
Resepi Maggie Goreng Perencah Sendiri Yang Amat Mudah dan Ringkas

Amatlah mudah. Korang ambil seulas bawang merah dan putih, 4 biji cili merah dengan bilis secukupnya. Tumbuk semua bahan-bahan ni sampai la lumat. Lepas tu tumis sampai naik bau. Lepastu, masukkan mee maggie yang dah di rendam dalam air. godek-godek mee tu atas kuali. Agak-agak 5-8 minit, dahsedia di makan. Haaaa simple kan? Muahaha 

Selamat Mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yeke? Maggie je pon.. Muahahaha. Tq jenguk kiteeww..

      Padam
  2. Nilah hasil dari pic lesung batu di IG semalam ye PapaG..menarik ni :)

    BalasPadam
  3. samalah papa..kalau buat megi goreng buat perencah sendiri je lg sedap... tepek laa sikit perasa yg dibagi tuuu...lagi sedapp tumbuk pakai lesung..kekekeke

    BalasPadam
  4. sy suka makan meggi tapi meggi goreng xbrape sgt.. tpi bila nmpak gmbr 2 mcm sedaplh lak..hehehe

    BalasPadam
  5. sedapnya... wahh resepi mudah

    BalasPadam
  6. simple tapi sedap kan, anak cn mmg suka adik beradik mee ni

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum...

    wahh.. nampak menyelerakan ...

    mselim3

    BalasPadam
  8. yang simple selalunya nampak nampak.rasa belum tahu...ngeee

    BalasPadam
  9. Pernah buat masak maggie buat sendiri perencah

    BalasPadam
  10. Amboii ko je yg masak tuu pejal ..Cam tak caya jer cam tak caya jer ..Ni mesti ibu dhia yg masak ni...

    BalasPadam