Review Aku Penghibur | Terus Berhibur Di Atas Landasan Nasihat dan Iman

/
11 Comments
Mei 19, 2015

Review pemilik blog Aku Penghibur yang awesome, Terus Berhibur dengan Aku Penghibur


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Review_Aku_Penghibur
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Tatkala menerjah masuk ke dalam blog Aku Penghibur, tentunya pembaca pasti terfana dengan blog yang sangat tersusun. Memudahkan pembaca untuk mencari apa yang mereka inginkan. Papaglamz begitu tetarik dengan entri yang penuh nasihat dari acik iaitu Macam Mana Nak Jadi Cantik Dan Comel Depan Allah ? Bila di amati dengan teliti, acik begitu bersahaja merentap mana-mana jiwa dan hati yang terasa jauh dengan Allah SWT. Nasihat-nasihat yang berupa hadis dan pandangan digarap indah dan cantik bagi membelai hati-hati pembaca agar tdak terus hanyut akan kecantikan dunia yang pastinya tidak kekal abadi, namun harus mencari kecantikan abadi yang pastinya di pandang tinggi oleh Allah SWT. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh la terjah blog aku penghibur yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

11 ulasan:

  1. ya, entry Macam Mana Nak Jadi Cantik Dan Comel Depan Allah tu memang menyentuh sanubari..... :)

    BalasPadam
  2. Sama2 kita terjah ke blog acik untuk mencari kata kata motivasi yang boleh memotivasikan diri kita semua

    BalasPadam
  3. acik salah satu blogger yang dikenali ramai...

    BalasPadam
  4. papaG.... Kita geng.. Ahha.. entry yang sama kita suka..

    BalasPadam
  5. Entri Pilihan Papa terbaik...
    Selamat Maju jaya Acik

    BalasPadam
  6. terima kasih papa pejal ..May Allah bless you

    BalasPadam
  7. semoga acik dapat melahirkan entry yang sentiasa berkualiti. secara tak langsung. acik boleh berdakwah

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang cukup baik dari tuan empunya blog!

    BalasPadam
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  10. olahan ayat pd setiap entri Aku penghibur menarik minat org tok membacanya.

    BalasPadam