Kasih Ayah Sepanjang Masa - Selamat Hari Bapa bagi Tahun 2015

/
0 Comments
Jun 20, 2015

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2015 Di Malaysia


Assalamualaikum

Bapak... Teringat masa balik kampung bercuti bulan lepas, susuk tubuh bapak yang kian dimamah usia. Kerut-kerut di wajah yang kian betambah hari demi hari. Tapi, seyuman yang diukir untuk kami adik beradik tetap manis. Dulu, bapak la yang betungkus lumus dengan mak membesarkan kami. Kini tidak lagi. Semua anak-anak dah besar boleh berdikari hasil dari didikan mereka berdua. Sesungguhnya penat lelah bapak tidak akan dapat kami balas.
Ok lah, jika minggu kedua bulan may seluruh dunia menyambut sambutan Hari Ibupada bulan Jun pula khusus untuk anak meraikan golongan bapa di seluruh dunia. Haaa korang dah plan ke nak buat ape untuk bapak-bapak engkorang? Memandangkan sekarang ni kan bulan puasa, to be simple, bebuka la puasa dengan family. Satle. Lepas berbuka solat maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah. Ramai-ramai satu family. Mesti syok kan? Ukhwah terjalin diberkati gituu. Huhuhu

Tu bagi yang berkesempatan untuk jumpa la. Bagi Papaglamz yang jauh di perantauan ni hanya mampu call ucap selamat dan mendoakan kesihatan bapak dan keluarga semua. Korang kalau call kat kampung, korang biasa cakap dengan mak ke cakap dengan bapak? Secara jujurnya, Papaglamz mesti cakap dengan mak la. Kalau bapak yang angkat phone tu, macam krikk... krikk... krikk... je dalam phone. Huhuhu. Tapi untuk kali ni call khas nak cakap dengan bapak je la. Kikiki..

Untuk pengatahuan semua, tarikh sambutan hari bapa bagi tahun 2015 di Malaysia jatuh pada 21 June 2015. Jadi, bagi mereka yang masih lagi mempunyai ayah tu, hargailah mereka dengan apa cara sekalipun. Walaupun kita wajib menghargai mereka setiap hari saat dan ketika, tak salah rasanya untuk kita khaskan satu hari ini sebagai hari yang betul-betul spesial untuk ayah. Kan?
Atok nak bagi duit raya tu. #Thorwback2014

Ni ayah mertua Papaglamz tau Bukan kawan. -_-

Ok la, Selamat hari bapa untuk semua dan untuk Papaglamz sendiri. (^_^)y

Sentuhanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Petikan lagu Sentuhanmu-Inteam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: