"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

/
2 Comments
Jun 07, 2015

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton


Assalamualaikum

Cik Elle sakit minggu lepas. Jadi, Papaglamz hantar la jumpa doctor. Bukan doctor cinta, doctor tayar yer. Cik Elle ni Kereta Persona Papaglamz la. Break tayar depan dah haus. Jadi kena la tukar. Lebih-lebih lagi nak balik kampung ni, kena periksa kereta sebaik mungkin supaya tidak ade yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan nanti. Insyallah.

Nak tahu something tak? Sebenarnya, sebelum tukar break dekat workshop, Ibu Dhia hantar la kereta untuk buat inspection kat pusat sevis Proton. Mana tau kot-kot ade warranty kan? Memang Papaglamz tak pernah skip service kereta kat pusat servis Proton yer. Lepas diagnose, memang confirm break kereta Papaglamz dah haus dan harus di ganti. Sebelum tukar tu tanya la kos untuk ‘break pad’ tu dengan upah semua sekali RM 343.00 hangus dan tak de warranty tau. Terkejut den. Nasib la Ibu Dhia call Papaglamz Tanya nak buat ke tak. Harus la Papaglamz cancle. Hehehe

Korang rasa ok ke rege tu? Untuk ‘break pad’ kedua-dua belah tayar depan siap upah RM 343.00 tu pada Papaglamz agak membebankan la. Jadi, Papaglamz pun call la mana-mana workshop yang boleh tukar ‘break pad’ tu. Alhamdulillah dapat.

Jadi, tengahari masa lunch keluar kejap dari offis pergi workshop mintak tukar ‘break pad’ yang dah kehausan tu. Tokey tu kata jenis baik performance pun baik. Cincai-cincai RM 159.00 kasi habis. Huhuhuh. Moga-moga tokey tu tak tipu la. (^_^)y Dan tukar la. Tak sampai pun sejam. Alhamdulillah. Semoga dapat balik kampung dengan selamat.

Errrrrr.. Korang Nampak tak perbezaa harga di situ? Benda yang sama. Tapi harga yang berbeza. Sebenarnya bukan masalah break ni jer. Dulu, tayar kereta Papaglamz dah haus, pergi la pusat service tanya nak tukar siap tanya harga dan upah. Dan ternyata harga tukar tayar kat pusat servis lebih tinggi dari harga di workshop biasa ni. Dan perbezaan yang sangat besar. Bukan kecik-kecik jer.
Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Dalam proses rawatan

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Break pad yang dah haus

Bukan nak cakap tak elok servis kat pusat servis tu. Tapi, sebagai pengguna, Papaglamz rasa, kita berhak kan untuk memilih mana-mana servis yang kita nak. Betul tak? Harga ikut kemampuan kita. Cuma Papaglamz tertanya-tanya kenapa ade perbezaan harga itu. Ok la. Sekadar bercerita. Harap tak kena saman dengan Proton dah la. Muahahha.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. harga protong mmg double... sebab ada warranty katanya utk barang yg ditukar... tapi tukar kedai biasa selalu ok je kan...

    BalasPadam
  2. apa nak risau kena saman papaG, kitasebagai pengguna kena bijak menilai.. biar tulisan kita jadi panduan utk orang lain buat pilihan

    BalasPadam