Erti Sebuah Puasa | Madrasah Didikan Jiwa

/
3 Comments
Jun 27, 2015

Erti Berpuasa dari Segi Bahasa dan Syarak


Assalamualaikum

Papaglamz mulakan entri ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Alhamdulillah waktu Papaglamz menulis entri ini kita telah berada di Ramadhan yang ke sepuluh. Terasa begitu cepat masa berlalu. Betul tak? Rasa syukur dipanjatkan pada Allah SWT dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi kesempatan untuk menikmati segala kurniaan nikmat darinya.
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Baiklah, Exchange Feed Group mengadakan satu cabaran buat semua yang dipanggil cabaran 20 hari. Untuk cabaran yang pertama ni kami harus mengupas tentang topic Erti Sebuah Puasa / Ramadhan. Ok, rata-rata tahu erti berpuasa itu apa kan? Sejak sekolah rendah lagi, Papaglamz percaya kita semua sudah diwajibkan untuk menghafal erti berpuasa itu samaada dari segi bahasa ataupun dari segi syarak. Kalau tak hafal mesti tak lulus periksa nanti. Heheh

Erti Berpuasa dari Segi Bahasa dan Syarak

Baiklah, dari segi bahasa, berpuasa itu bererti menahan ataupun bertahan. Dari segi syarak pula berpuasa bererti menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari berserta niat pada malamnya. Dan perkara-perkara yang membatalkan puasa itu banyak. Antaranya makan dan minum dengan sengaja di siang hari, memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh dengan sengaja, bersetubuh, dan mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Tadi adalah maksud yang di terjemakan secara terus. Namun sedarkah kita erti sebenar berpuasa itu sangat luas. Bagi Papaglamz berpuasa ini bukan sahaja satu ibadah yang mewajibkan kita untuk menahan dari makan dan minum sahaja. Tapi, berpuasa ini bererti mendidik. Ya, mendidik untuk kita menjadi seorang muslim yang lebih baik. Proses pendidikan itu biasanya berlaku di sebuah sekolah ataupun pusat pengajian. Jadi tidak salah jika Papaglamz katakan proses pendidikan di dalam bulan ramadhan ini berlaku di dalam sebuah madrasah.

Secara logiknya, orang yang ingin menjadi seorang doktor yang baik, dia perlu mendapat pendidikan di dalam sebuah sekolah kedoktoran. Begitu juga bagi seseorang yang ingin menjadi seorang guru yang baik, ia perlu mengikuti kursus-kursus perguruan di sesebuah tempat. Jadi, jika kita ingin menjadi seorang mukmin yang terbaik, di bulan ramadhan inilah madrasah pendidikan untuk kita. Dengan jadual pengisian-pengisian rohani yang mampu menyucikan jiwa malah mampu menaikkan lagi keimanan seseorang.

Bukan itu sahaja, bualan berpuasa ini juga membawa erti di mana Allah yang Maha Memberi mengurniakan kepada semua hambanya kesempatan untuk memungut sebanyak pahala yang berlipat kali ganda. Dengan pahala kebajikan ini, insyallah ia dapat membantu kita dalam menjalani urusan kehidupan kita di akhirat kelak. Insyallah.

Nah, itu lah tadi erti berpuasa yang dapat Papaglamz coretkan. Buat semua pembaca, ingatlah masa tidak menunggu kita. Takdir kematian tidak kita ketahui. Ayuh rebutlah peluang dan ruang yang diberi oleh Allah di dalam bualan ramadhan ini. Jangan kita persiakan begitu sahaja. Tiada apa yang akan menjadi pembantu kita di akhirat nanti kecuali amal dan juga ibadah yang kita lakukan secara ihklas di dunia ini. Jom join Madrasah Didikan Jiwa yang best ni. See you in Jannah. Insyallah. (^_^)y

With Love
Papaglamz


-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. erti puasa yg mengisfafkan....

    BalasPadam
  2. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    BalasPadam
  3. bulan ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk meningkatkan diri

    BalasPadam