Menu Pilihan Berbuka Puasa - Sambal Tempe Goreng Jawa

/
2 Comments
Jun 20, 2015

Resepi Sambal Tempe Goreng Jawa


Assalamulaikum

Masyarakat jawa tentunya tidak asing dengan tempe. Kiranya dulu-dulu tempe ni makanan rugi gitu la. Tempe ni terbuat dari pada kacang soya yang di peram dengan yeas. Jika zaman dahulu, pembungkusan tempe menggunakan daun pisang. Tetapi kini, tempe di bungkus dengan plastik jer. Tapi, secara jujurnya terdapat sedikit perbezaan bagi tempe yang di bungkus dengan daun pisang dan plastik. Terutamanya pada aromanya. 

Oleh kerana Papaglamz dan wife berdarah jawa, tempe merupakan antara menu pilihan keluarga kami. Untuk menu berbuka puasa hari ini, Ibu Dhia masak Sambal Tempe Goreng Jawa. Korang patut cuba. Sebab sangat mudah dan rasa pun terbaik. 

Resepi Sambal Tempe Jawa


2 Paket Tempe
Cili padi @ Cili merah
3 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
Bilis
Air Asam Jawa
Garam
Gula

Cara nak buatnya amatlah mudah.

1. Tempe tadi di potong dadu dan di goreng garing
2. Tumbuk atau blende bawan merah, putih, bilis dan cili.
3. Tumis kan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan air asam
5. Seterusnya masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
6. Seduaikan rasa dengan garam dan gula.
7. Biarkan seketika di atas api.
8. Sedia untuk dihidang.

Menumis bahan yang di tumbuk

Masukkan tempe yang telah di goreng

Siap...!!!

Haa mudahakan? Selamat mencuba. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka ni. Nak merasa Sambal Tempe Goreng Jawa hasil tangan wife Papaglamz sendiri. Ok la. Selamat berpuasa dan berbuka semua. 

p/s: Unutuk bilis tu boleh di goreng berasingan jugak tau. Tak payah tumbuk bersama bawang. Korang boleh cuba la.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. Mmmm mmg sedap sambal tempe ni...saya yg takder ketunan jawa pun tak mampu nak tolak resepi ni..

    BalasPadam

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.