KEGHAIRAHAN MENJADI LELAKI SEKSI

/
0 Comments

Ingin Menjadi Lelaki Seksi?


Asalamualaikum

Definisi lelaki seksi?


Lelaki seksi dambaan wanita. Yeke..? Lelaki seksi yang macam mana? Kalau tanya setiap perempuan pasti macam-macam jawapan yang kIta dapat. Betul tak? Yela seksi ni sangat subjektif. Ade yang berpandangan seksi itu dari segi sifat ataupun peribadi seseorang. Dan ada juga yang mengatakan lelaki seksi itu dipandang dari segi materialnya. Dan tak kurang juga lelaki seksi itu di pandang dari ketokohannya menjadi seorang pemimpin.
Ingin Menjadi Lelaki Seksi?
Ha..! Banyakkan maksud lelaki seksi ni? Cuba para suami semua tanya dengan isteri anda adakah anda seorang lelaki seksi? Sudah pasti majoriti isteri akan cakap ya. Percayalah. Ini PapaG dapat kategorikan sebagai lelaki seksi yang dipandang dari segi kepimpinan. Cuba tanya sekarang. Hehehe. 

Menutup aurat itu seksi


Lelaki seksi dengan menutup aurat...? Macam mana tu? Bagaimana dengan menutup aurat dapat menunjukkan keseksian sesorang lelaki itu? Yela, macam yang PapaG cakap tadi, lelaki seksi bukan hanya di pandang dari segi luaran sahaja. Bahkan lebih lagi. Lagipun bila menutup aurat ni, tidak semua 'aset-aset' indah dapat kita pamerkan. Orang kata benda yang susah nak tengok ataupun dapat itu sangat berharga kan..? So, dengan menutup aurat, tentunya meniNgkatkan keghairahan setiap wanita ingin melihat apakah yang ada di sebalik yang tertutup. Begitu juga sebaliknya bagi wanita. Jika anda menutup aurat dengan sempurna, percayalah, keseksian anda berada pada tahap tertinggi. 

Perlukah menjadi lelaki seksi?


Perlu atau tidak menjadi lelaki seksi? PapaG rasa ia perlu. Tapi bukan lelaki seksi yang memperlihatkan setiap susuk tubuhnya yang menawan itu pada orang sekeliling. Kita harus menjadi seksi dengan mempunyai kepribadian yang hebat dan kepimpinan yang terbaek khasnya dimata isteri sendiri dan masyarakat umumnya. Juga bakal menjadi contoh tauladan buat anak-anak kita nanti. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: