28.7.15

Nasib Si Zirafah Terkoyak Leher

Menjahit anak patung Zirafah yang terkoyak


Assalamualaikum

Budak kecik ni semua benda nak masuk dalam mulut kan. Orang kata tengah nak membesar jadinya macam-macam bnda nak di cuba. Jadi sebagai mak bapak kena jaga-jaga. Yela, takut-takut anak kita tu termasuk mulut benda-benda yang merbahaya contohnya benda tajam, beracun dan sebagainya.

Bab masuk benda dalam mulut ni, Imtiyaz memangtak terkecuali la. Ade sahaja benda yang nak di masukkan ke dalam mulutnya. Letih Ibu Dhia nak tengok-tengok. Ye la kita taku benda tak elok di masuk kan kedalam mulutnya kan. Baru-baru ni anak patung Zirafah Imtiyaz dah koyak di bahagian leher. apa lagi, dok terkorek-korek tempat yang terkoyak tu. Bersepah la rumah dengan span-span dari dalam zirafah tu.

Kalau berterabur je ok la. Ni tak, siap ade yang di masukkan ke dalam mulut lagi. Bahaya kan kalau tercekik. Jadinya, PapaG pun cuba la nak tutup semula bahagian yang koyak tu. Tengok-tengok macam mudah jer. Benang je yang tertetas. PapaG boleh buat sendiri. 

Dok tengah sebok menjahit tu, time tu jugak la si Imitiyaz ni nak tolong. Huh tolong la sangatnyep pun. Ala-ala mengacau ade la. Kita tengah pegang jarum sebok die pun nak pegang jugak. Dok sebok la baring-baring kat riba. Tambah pula sekarang ni Imtiyas kan baru pandai bercakap. Riuh la die bercakap yang kadang-kadang tu siap menangis pun ade. Sebab ayah die tak bagi dia pegang zirafah die tu. Huhuh.

Setelah melalui saat-saat getir, siap la PapaG jahit. Ibu Dhia korang die tido tak sihat. PapaG amek turn jaga Imityaz. Kesian Ibu Dhia seminggu jaga Imtiyaz sensorang, bagi can la dia rehat. Hehehe.

Ok la. sampai sini sahaja perkongsian ringkar dari PapaG. Insyallah kita jumpa di entri yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-


3 ulasan:

  1. papaG pandai menjahit. Pehh hebat :D Nani pun tak pandai. Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala nani.. tak sampai 2 cm pun yang koyaknye tu...

      Padam
  2. alaa siannye zirafah dia

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com