22.7.15

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2015 DARI PAPAGLAMZ

Assalamualaikum

Masa entri ni ditulis, sudah masuk syawal yang ke-6. Sepanjang raya PapaG takde update entri langsung. Laptop tak bukak pon. Sebenarnya raya ke-5 (selasa) PapaG dah mula kerja, tapi hari ni doktor bagi rehat. Telinga PapaG berdenyut-denyut sakit. So, rehat-rehat ni dapat la bukak laptop nak belek-belek blog ni kejap.

Korang punya raya macam mana? Ok ke tak ok? PapaG sure semua mesti bergembira seadanya kan? Seperti tahun-tahun sebelum ni, PapaG beraya di rumah mertua dan jugak rumah parent PapaG sendiri. Tahun ni syawal yang pertama PapaG beraya di rumah mertua. Ikut giliran. Macam tu la. Demi keadilan dan menjaga hati semua pihak, perlu bagi-bagi. Nasib baik la duduk sekampung je. Tak yah nak gaduh-gaduh. Kalau rasa rindu nak tengok parent sendiri, start moto balik la rumah mak. Tak sampai 5 minit pon. Hehehe. 

Ok di kesempatan entri yang ringkas ini, PapaG dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca Papaglamz.com yang berusia 8 bulan dah ni. Insyallah akan berterusan lagi. Buat semua, PapaG dan keluaga ingin menyusun sepuluh jari seandainya kami ada melakukan kesalahan yang nyata atau tidak nyata yang kami sengajakan ataupun tidak. Yela, manusiakan tak pernah lari dari kesilapan. Kalau ade entri-entri yang menyinggung perasaan mana-mana pihak tu PapaG harap maaf sangat. Kira kosong-kosong la ea.
Banyak cerita yang PapaG nak kongsikan semasa raya tahun ni. Ala-ala throwback gitu la. Korang nantikan yer. Ok la sampai di sini sahaja coretan dari PapaG. Jumpa di kesempatan yang lain. Inyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com