Awas.. Bila Lelaki Mulai Cemburu

/
7 Comments

Tanda-tanda lelaki sedang cemburu


Assalamualaikum

Cemburu dan wanita itu perkara biasa. Tapi, apa yang terjadi ketika rasa cemburu berlaku pada seorang lelaki. Setiap orang ade perasaan. Pasti sahaja pernah mengalami rasa cemburu. Jadi, apakah tanda-tanda seorang lelaki sedang cemburu kepada wanita?
Tanda-tanda lelaki sedang cemburu

1. Cepat marah

Tanpa sebab, si dia marah-marah pada anda. Walhal perkara yang anda lakukan itu biasa saja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.

2. Berdiam diri

Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.

3. Sukar dihubungi

Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Selepas segalanya kembali pulih barulah dia akan mendapatkan pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.

4. Bermasam muka

Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan sidia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.

Adakah tanda-tanda ini wujud pada orang yang anda sayang? Jika ada, ayuh betulkan keadaan. Slow talk orang kata. Insyallah segala masalah selesai. Awas dengan cemburu. Ia mampu merosakkan hubungan anda berdua. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

7 ulasan:

  1. Dasyat juga ye kalau lelaki cemburu. Hehehe dan saya tahu susah jugak nak pujuk tu kan.

    BalasPadam
  2. kuat nooo papaG cemburu niii

    BalasPadam
  3. Lelaki cemburu kadang-kadang cute. Esp yang cuba nak sembunyikan rasa cemburunya tu. Tapi kalau cemburu sangat dan tak bertempat, mmg boleh buat perempuan rasa rimas..

    BalasPadam
  4. Kalau jealous, tutup phone. Text tak balas, call tak jawab. Jawapan dia "Eh, suka hati ko lah bang" Haha =D

    BalasPadam
  5. cemburu takut kehilangan lg dasyat!

    BalasPadam