Di Sebalik Hati Perempuan Yang Mudah Menangis

/
9 Comments

Isi hati wanita yang kita perlu tahu


Assalamualaikum

Setiap manusia diciptakan dengan hati. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Ramai yang mengatakan hati perempuan lebih menyimpan beribu rasa berbanding hati seorang lelaki. Ya PapaG akui, kadang hati perempuan ni jika salah cara kita bergurau, tibe-tibe tersentap dan menangis. Dan ada kalanya juga hati perempuan ni dari situasi yang menyedihkan boleh bertukar gembira dengan serta merta. 
Isi hati wanita yang kita perlu tahu

Apakah yang tersimpan disebalik hati perempuan ni?


Perempuan perlukan kata-kata

Perempuan sangat suka dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi kata-kata cinta dari yang tersayang. Mungkin kerap kali terdetik di dalam hati perempuan yang inginkan pasangannya mengatakan sayang ataupun cinta akan dirinya. Tidak perlu setiap hari. Mungkin seminggu sekali. Boleh cuba. Insyallah apa yang terbuku dihati perempuan dapat kita penuhi.

Perempuan inginkan pemberian

Perempuan sangat perlukan sesuatu pemberian yang ikhlas dari pasanganya. Walaupun hanya sebatang aiskrim magnum atau pun apa sahaja. Bukan yang mahal pun. Dan tidak perlu setiap hari. Yang penting ada sesuatu yang diterima dari pasangannya. Sebagai tanda mereka diingati. Insyallah bila pemberian kita pada wanita ikhlas, insyallah apa yang tersimpan di sebalik hati perempuan akan kita penuhi.

Perempuan tidak suka pada sifat kasar dan pemarah

Inilah dia satu sifat yang perlu kita kikis iaitu sifat mudah marah. Lelaki memang tidak pernah sunyi dengan rasa marah. Percayalah dalam hati perempuan, mereka sangat takut dan tidak suka seandainya pasanganya suka marah-marah. Andai terlepas, apa kata cepat-cepat mintak maaf dan cuba hindari dari melakukan perkara yang sama demi menjaga hati perempuan yang kita sayagi. Insyallah 

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang terkandung disebalik hati perempuan. Jika kita sayang akan isteri kita atau pasangan kita, ayuh selami hati mereka. Cari mana yang mereka suka dan mana yang mereka benci. Percayalah hati perempuan banyak rahsianya. Terkadang seorang perempuan lebih memilih untuk tersenyum demi melindungi apa yang tersimpan disebalik hatinya. Dan akhir sekali, jangan lah kita mengakhirkan sesebuah hubungan itu atas dasar kebosanan. Namun kita harus lihat perjuangan yang telah kita hadapi demi menjaga hubungan itu. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

9 ulasan:

  1. HIhihi...betol2...sokong 200%...hekhekhek

    BalasPadam
  2. Betul2... ena la salah seorangnya..nampak je cekal camni, tapi mudah menangis ooooo... hati tisu.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar.. Ena kena luah kn.. klu simpna jer jenuh la..

      Padam
  3. Huwaaaa .... Saya pernah kena ... Sedih yg x boleh di tahan2 dah ... Solat pun merebeh-rebeh air mata ... Sedih sampai sakit dada ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke Kak hani?? Semoga perkara tu membuat akak lebih kuat insyllh..

      Padam
  4. wahhh.
    suka baca post abg pejal lately.
    sesuai utk suami isteri gitu.
    kipidap! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kira ala-ala pembaca tetap lani?? Hehehe. Insyallah akan kipidap... (^_^)y

      Padam
  5. Tau takpe..kadang-kadang perempuan perlukan seseorang untuk mereka berkongsi cerita..itu yang penting kan...

    BalasPadam