Nasib Si Anak Buangan

/
10 Comments

Sorotan kes pembuangan bayi yang melanda negara Malaysia


Assalamualaikum

Rasanya setiap tahun negara kita tidak sunyi dengan bisikan-bisikan kejam tentang berita bayi yang tidak dosa di buang. Dalam banyak-banyak kes, kes yang PapaG kongsikan di dalam entri Binatang Lebih Baik Dari Kau | Berita Bayi Dikerat 15 Bahagian antara yang menyayat hati. Yela, begitu sanggup seorang manusia yang dikurnia akal memotong bayi yang baru lahir dengan tangannya sendiri. KEJAM...!!!!! Walaupun tiada sekelumit iman dalam hati tu, tiadakah belas ehsan? Sedangkan binatang pun sayang akan anak-anaknya. Apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal. Seharusnya mampu berfikir dan memberi belas ehsan sesama kita.
Sorotan-kes-pembuangan-bayi-yang-melanda-negara-Malaysia
Kelahiran bayi-bayi luar nikah di negara kita seakan tiada penghujung. Saban tahun, ada sahaja. Korang dapat bayangkan tak masa hadapan siapa penghuni yang bakal menghuni nagara kita? Pastinya anak-anak kecil dari zaman sekarang ni kan? Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 menunjukkan bilangan anak luar nikah yang didaftarkan adalah sebanyak 17,303 orang. Manakala pada tahun 2011, satu peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 18,652 orang telah didaftarkan. Memang benarlah apa yang di war-war kan pada masa kini SATU HARI SATU BAYI LUAR NIKAH dilahirkan. 

Melihat situasi ini. Ya Allah sedih dan hibanya hati. Cuba bayangkan masa akan datang negara kita bakal di penuhi dengan anak-anak yang tidak sah taraf bermain bersama anak-anak kita. Satu hal lagi. Bagaimana sekiranya anak-anak kecil yang tidak sah taraf ini di ketahui statusnya oleh teman-teman sepermainannya lantas diejek dan di hina. Tentu sekali ia memberi kesan negatif pada anak itu. Itu lah, bermula dari kesilapan dan mengikut nafsu si ayah dan ibu yang tidak bertanggungjawab, akhirnya situasi ini yang terjadi. 

Sebab itu dalam Islam amat mengharamkan zina. Hukum yang amat berat bagi pelaku zina. Inilah sebabnya. Ia bakal mengganggu gugat keturunan sesebuah keluarga. Jika sesebuah institusi keluarga sudah rosak, bagaimana pula dengan pentadbiran negaranya. Pastinya rapuh juga. 

Sungguh PapaG sedih bila kenang-kenangkan perkara ini. Lebih-lebih lagi PapaG sekarang dah ada anak. Bakal jadi anak dara pula tu. Pelbagai kerisauan yang PapaG fikirkan. Yela, bagaimana dia membesar? Bila sudah berjauhan dengan PapaG nanti, dengan siapa dia berkawan. Itu semua tentunya merisaukan bagi ayah dan ibu. Satu yang PapaG pegang. Tempat untuk meminta pertolongan yang terbaik ialah Allah SWT. Sifatnya sendiri Maha Berkuasa dan Maha Memberi. Insyallah jika kita penuhi keluarga kita dengan didikan agama yang kukuh, Insyallah tuhan akan membantu kita melindungi keluarga. 

Jadi di sini, peranan ibu bapa itu penting. Anak yang lahir dari perut ibu umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapa yang harus mencorakkannya. Adakah dengan warna-warna indah seindah pelangi ataupun warna hitam yang tiada sebarang cahaya sekalipun. Anda yang menentukannya. Jom koreksi diri. Lihat apa yang anak kita buat. Tegur apa yang anak kita salah. Dan sayangi mereka. Bukan manjakan mereka. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

10 ulasan:

  1. Allahu... semoga mereka sedar akan kesilapan mereka, dan bersegera bertaubat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan along.. Dan doakn kita akan di jauhkan dari zina... insyallah

      Padam
  2. I dont know why but now a day so many heartless humans who actually did that kind of things !! Shame on them ! nauzubilllah jauhkan dari perangai sebegini or lebih elok hapuskan perangai sebegini . Jika ada bimbing mereka ke jalan yang benar semoga Allah memberi hidayah kpd mereka yang cuba menyakiti @ membunuh si kecil .. Allahu akbar

    BalasPadam
  3. kita sebagai generasi terpelajar harus membentuk anak-anak kita...harus put extra carefull about their activities....semua terpulang pada cara kita mencorakkan anak kita kan...moga dijauhkan segalanya....

    BalasPadam
  4. Betul tu PapaG. Ena kalau cerita bayi2 yang diperlakukan kurang kemanusiaan ni, ena sedih sangat membacanya. Kadang tu tak sanggup nak baca, kesian. Camnelah keadaan budak tu masa dia di perlakuka sedemikian. Mesti sakit

    BalasPadam
  5. Org kawin yg lama xada anak..nak anak

    BalasPadam
  6. Allahu, kalaulah diorang tahu betapa susahnya pasangan yang nak dapat anak, tapi tak dapat. Tak tergamak agaknya nak buang anak macam ni.

    BalasPadam
  7. Risau gak..ada anak pempuan...

    BalasPadam
  8. saya pun risau dengan teknologi sekarang,, dunia dah maju,, anak2 kecil dah terdedah dengan anasir luar walau di dalam rumah melalui internet dan television yang terang2 ada adegen cium2 dan berpelukan,,kat whatsapp lain ceritalah dengan vedio lucah dihantar sesuka hati,, semua tu adalah faktor kearah negetif,, sama2 lah kita berdoa moga diberi petunjuk dan kesabaran dalam mendidik anak2..

    BalasPadam
  9. Moga2 mereka semua sedar akan kesilapan yg telah mereka lakukan

    BalasPadam