30.8.15

Sehati Sejiwa | Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 Tahun 2015

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia kali ke-58 tahun 2015


Assalamualaikum

Waktu PapaG menulis entri ini dalam tidak kurang 2 jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air kita Malaysia bagi kali ke-58 tahun 2015. Sudah lebih setengah abad negara kita merdeka. Seharusnya kita sebagai rakyat haruslah matang dalam mengisi makna kemerdekaan agar perjuangan yang di lakukan oleh nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah tidak akan sia-sia

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan Malasia ke-58 Tahun 2015

Logo-Rasmi-Sambutan-Hari-Kemerdekaan-Malasia-ke-58-Tahun-2015-sehati-sejiwa

Maksud di sebalik logo hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.

Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Lirik lagu tema hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015 (Sehati Sejiwa)

Demi tanah yang bertuah 
Taman cinta merdeka ..aaa
Kasih di hatiku ini 
Untukmu tanah pertiwi 

Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Serawak
Sehati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu dengan kuj
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa


Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu 
Sehati sejiwa 
Malaysia Kekal Sejahtera … 

Korus 
Mi i so ginavo 
Kitai Dekak Mujur
mi i so ginavo
Ngetan Ke Menua
Mi i soginavo
Nyuluk Cita Mulia
Malaysia Sehati Sejiwa x2

Dendangan lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Harapan di hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Sudah pasti di sudut hati setiap rakyat di negara kita inginkan keamanan dan kemakmuran terus kekal samapi bila-bila. Bukan hanya makmur dan aman sahaja. PapaG percaya, kita mahukan negara kita membangun dari segi ekonomi dan juga sahsiah jati diri setiap penduduk dalam negara ini.

Ayuh...!!! Kuat kan jati diri Islam yang padu dalam diri ini. Bangkitkan semangat cintakan dan jihad mempertahankan negara dari segala ancaman serta penjajahan negara luar. Bukan hanya penjajahan yang berbentuk fizikal. Malah, penjajahan yang bukan fizikal iaitu penjajahan minda dan budaya. Tidak guna berbangga kita telah merdeka selama 58 tahun dari penjajahan fizikal kuasa barat, andai jiwa di setiap anak-anak bangsa masih terjajah. Renung-renungkan.

"Mengisi dan mempertahankan kemerdekaan itu lebih mencabar daripada menuntut kemerdekaan"

With Love
Papaglamz

-sekain-

3 ulasan:

  1. salam kemerdekaan papaG..best lagu sehati sejiwa ni,..hehe

    BalasPadam
  2. Selamat hari kemerdekaan....

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 58 ...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com