27.8.15

Titah Perintah Sultan Johor Untuk Mendirikan Solat Hajat

Assalamualaikum

PapaG dapat info ni dari mak mertua PapaG tentang Titah Perintah Sultan Johor yang menggesa rakyatnya untuk menunaikan solat sunat hajat selepas solat jumaat di masjid-masjid seluruh negeri johor. 

Antara tujuan solat hajat ini di titahkan baginda kerana:

Untuk memohon keselamatan, keamanan dan kemakmuran Negeri Johor Darul Takzim dan Negara Malaysia.
 Memohon agar masalah yang dihadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran dapat ditangani segera.
Memohon diturunkan hujan di tasik-tasik sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas Negeri Johor dan Malaysia amnya.
Untuk pengatahuan semua titah perintah ini berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan bermula 28 Ogos 2015. Semoga Allah memberi limpah kurnia buat kita rakyat Malaysia. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian- 

4 ulasan:

  1. Moga negara kita selamat..

    BalasPadam
  2. walaupun along sudah berada di nilai..Along akan cuba laksanakan solat hajat di sini. Johor di hatiku, Selamanya..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com