Anak dan Isteri amanah menuju bahagia

/
0 Comments
Ogos 10, 2015


Antara amanah allah pada hambanya


Assalamualikum

Hari ini, tanggal 10 Ogos 2 tahun yang lepas, masih terngiang lagi tarbiah juru nikah masa majlis akad nikah PapaG dengan isteri. Yang tidak boleh dilupakan lagi, kehangatan tangan ayah mertua yang menikahkan PapaG. Kenangan paling indah dalam hidup yang pasti tidak akan dilupakan. Diam tak diam, sudah 2 tahun kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah, perjalanan hidup kami berumah tangga selama 2 tahun diberikan seribu satu kemanisan yang kadang-kadang tu kelat juga dalam hidup kami.
Antara amanah allah pada hambanya

Diciptakan manusia di atas muka bumi ini bertujuan bagi memikul amanah. Amanah sebagai khalifah yang wajib kita pikul sepanjang perjalanan hidup. Amanah yang terdekat yang wajib kita pikul ialah kurniaan isteri dan anak dari Allah. Oleh itu, suami seboleh-bolehnya harus memenuhi hak-hak isteri dan anak-anak dengan baik dan mengikut syari’at.

Bagi PapaG, dalam hidup berumah tangga ini mempunyai satu tujuan iaitu mencari nafkah yang halal demi memenuhi hak-hak dan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Bukan hanya kehendak material. Tetapi juga, suami harus memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mendidik setiap ahli dalam keluarganya tentang ilmu-ilmu syariat. Agar kehidupan rumah tangga yang dibina dapat menuju rumahtangga yang sakinah mawaddah. Jadi, suami harus bersiap sedia dengan ilmu-ilmu yang sewajarnya agar kita tidak kekok dan terpesong bilamana kita mengemudi bahtera rumah tangga kelak. Insyallah.

PapaG akui, dalam hidup berumah tangga ni, kadang kita terlupa kan tanggungjawab yang seharusnya kita pikul. Nama pun manusia kan? Mudah lupa. Oleh itu, antara suami isteri seharusnya saling ingat mengingati. Tidak salah jika dalam satu masa isteri membetulkan suami. Kerana manusia ini bukan semuanya sempurna. Dalam sesetengah hal, mungkin si suami kurang arif. Jadi, tidak salah jika isteri yang lebih arif membetulkan. Saling memperingati dan melengkapi antara satu sama lain pastinya akan membuatkan ahli dalam rumahtangga akan berasa saling memerlukan. Lantas, kemanisan hidup suami isteri akan lebih bermakna dan berkekalan hingga akhirnya. Insyallah.

PapaG harap coretan ringkas ini bermakna buat semua. Jangan lupa doakan PapaG dan keluarga agar terus hidup di bawah rhamat Allah dan dipermudah urusan kami di dunia dan di akhirat. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

Tiada ulasan: