Anda Perlu Tahu 10 Perkara Yang Lelaki Suka Dan Benci Tentang Wanita

/
4 Comments
Ogos 18, 2015

Perkara yang lelaki suka dan benci terhadap wanita


Assalamualaikum
Perkara yang lelaki suka dan benci terhadap wanita

Lelaki suka… 

 

1. Wanita bersifat keibuan 

Gaya lemah lembut dan berperawakan sederhana mudah meruntun jiwa lelaki. Mustahil seorang wanita sebegini terus membujang!

2. Wanita matang 

Lelaki teruja apabila berdepan wanita yang matang. Bijak, pandai membuat keputusan dan tidak merimaskan adalah kunci kejayaan menjadi kekasih pujaan seorang lelaki.

3. Wanita yang menjadi dirinya sendiri 

Jangan menjadi ‘plastik’ semata-mata untuk memenangi hati dan perasaan seorang lelaki. Lelaki lebih gemar dan selesa berbual dengan wanita yang tidak kekok bila berbicara.

4. Wanita berpotongan badan menarik 

Jangan pula terasa hati andai tidak memiliki bentuk badan idaman. Sebaliknya, yakin pada diri sendiri dan penting sekali mengambil pemakanan sihat.

5. Wanita berterus terang 

Pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita cuba menyembunyikan rahsia dirinya. Lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.

6. Wanita yang sederhana 

Usah pula menunjukkan ‘saham’ anda yang kononnya tinggi dengan meminta itu dan ini. Lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu lebih bersifat sederhana.

7. Wanita pandai memasak 

Jangan merasakan kecantikan sudah cukup membeli jiwa seorang lelaki. Sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki. Rajin-rajinlah ke dapur!

8. Wanita pandai menjaga hati 

Keperibadian wanita yang lemah lembut mudah untuk didekati dan disayangi lelaki. Jangan sesekali membangkitkan perkara yang membuatkan dirinya cemburu dan menyakitkan hati.

9. Wanita yang manja 

Manja bukan bererti mengada-ngada. Manja yang disenangi seorang lelaki adalah milik mutlak dirinya semata-mata. Jangan pula menunjukkan sikap sama dengan lelaki lain sehingga membangkitkan rasa cemburu. Awas!

10. Wanita yang menghormati dirinya 

Sudah menjadi resam lelaki untuk menguasai dan seorang wanita itu perlulah menghormati dirinya sebagai ketua.

Lelaki benci... 


1. Wanita jual mahal 

Lelaki mempunyai ego yang tinggi. Jangan sesekali meletakkan diri anda umpama seorang ratu. Akibatnya sukar untuk memujuk kembali hati seorang lelaki.

2. Wanita ego 

Ego seorang wanita tidak boleh mengatasi sifat semula jadi lelaki. Jika kedua-dua ego bertemu, alamatnya memang tidak ke mana perhubungan itu.

3. Wanita mengongkong 

Mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti cintanya, tidak pula bagi lelaki. Lelaki hanya menganggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.

4. Wanita seksi 

Jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki. Tanggapan itu salah, sebaliknya seksi di mata lelaki lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.

5. Wanita mengada-ngada 

Terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan mengada-ngada. Lelaki cukup mual bila berdepan dengan wanita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.

6. Wanita terlalu mendesak 

Pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang dia tidak senangi. Jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.

7. Wanita yang terlalu memuji dirinya 

Tidak perlu terdesak untuk menonjolkan kehebatan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan keselesaan seorang lelaki. Biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.

8. Wanita yang mata duitan 

Jangan pula menonjolkan sikap ‘pisau cukur’ dengan meminta itu dan ini sehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.

9. Wanita yang hipokrit 

Lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.

10. Wanita kuat cemburu 

Belum pun sampai ke gerbang perkahwinan wanita sudah cemburu tidak tentu pasal. Perlu diingat, lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh!

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

4 ulasan: