Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda

/
7 Comments
Ogos 11, 2015

Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal


Assalamualaikum

Mendapati pasangan yang curang amatlh menyakitkan. Namun kadang kita sukar untuk mengesan kecurangan pasangan kita. Lebih-lebih lagi lelaki yang bersifat baik dan 'Family Man'. Bila pasangan mula melakukan perkara-perkara yang janggal, mungkin bibit kecurangan telah muncul. Antara tandanya ialah:
Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal

Sering merahsiakan sesuatu di dalam telefon bimbitnya

Ya, PapaG akui setiap orang mempunyai privasi yang tersendiri. Tetapi mungkin bagi mereka yang mempunyai skandel di belakang isteri akan lebih bersifat perahsia tentang isi kandungan di telefon bimbitnya. Salah satunya lelaki ni kerap delete atau menghapus setiap mesej atau wassap dalam phone. Orang kata buang bahan bukti gitu la. Selain membuang bukti-bukti mesej, mungkin suami anda telah meletakkan password di telefonnya agar tidak ada orang lain selain die yang boleh menggunakannya. Padahal sebelum ini, suami anda tidak pernah langsung meletakkan sebarang password. Agak meragukan. Betul tak..?

Nampak lebih bergaya dan menjaga ketrampilan

Teringat drama P.Ramlee dialog dia "Butang baju melayu abang mana???". Hati-hati yer semua jika suami anda yang tidak pandai bergaya sebelum ini sudah pandai bergaya. Lebih-lebih lagi seandainya ingin keluar dengan kawan-kawan tanpa membawa anda. Perlakuan suami yang tidak biasa melawa A.K.A menjaga penampilan ini mungkin mempunyai sesuatu disebaliknya. Pepatah melayu ada mengatakan ada udang di sebalik batu. Janggal bukan.? Mungkin ini adalah tanda suami anda sedang curang di belakang anda, Hati-hati.

Menjadi terlalu baik dengan memberikan hadiah

Jika suami anda seorang yang tidak langsung pandai membuat sebarang kejutan pada anda tetapi kebelakangan ini dia sangat baik dan pandai mengambil hati anda dengan kata-kata ataupun hadiah, sila berhati-hati. Mungkin suami anda sedang menutupi sesuatu yang berlaku di belakang anda. Jika tidak memberi hadiah pun, suami anda menjadi seorang yang terlalu baik. Kerap tersenyum, ayat-ayat romantis kerap diberikan pada anda dan sebagainya. Ini mungkin perlu anda jaga-jaga. Ye la, orang sedang bercinta, hati sedang berbunga. Semuanya baik-baik yang keluar. Jadi, berhati-hati.

Mudah bertelingkah dengan isteri

Mungkin jika suami anda sebelum ini baik. Mudah beralah dengan anda. Tidak overprotektif dengan kehidupanya. Tetapi kebelakangan ini anda berdua kerap bergaduh. Suami banyak mengungkit kesalahan anda. Cakap sikit sudah melenting. Di waktu ini anda harus berhati-hati. Mungkin ada sesuatu yang disorokkan di belakang anda. Suami akan lebih mencari kesalahan psangannya kerana ingin menutupi kesalahannya sendiri. Jadi, anda harus hati-hati dengan tanda-tanda suami anda mula curang ini.

Instinct seorang isteri

Mungkin anda boleh merasa jika suami anda sudah curang. Gunakan deria 6th sense anda. Orang kata deria wanita ni kuat dan betul. Tapi ingat anda harus gunaan deria anda dengan berhemah. Jangan main hantam sahaja. Selidik dulu. Gunakan cara yang terbaik. Niatkan di dalam hati untuk membetulkan keadaan bukan untuk mencari silap atau menghukum. Insyallah Allah akan membantu kita mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda dalam rumah tangga.
Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal
Kesimpulannya, seseorang yang sedang merahsiakan sesuatu iaitu skandel dalam hidupnya, orang terdekat akan mudah untuk mengatahuinya. Kalau anda rasa suami sedang curang, perhatikan. Selidik secukupnya. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Kalau sudah terbukti. Bincang dengan sebaiknya Teruskan bermuhasabah diri dan tenang. Insyallah Allah bantu anda. Jom berdoa agar kehidupan rumah tangga kita suami isteri akan kekal harmoni sampai bila-bila. Aamiin.

With Love
PapaGlamz

-sekian-


You may also like

7 ulasan:

  1. Baca nie dengan isteri...habis dia cakap smua nie ada kat saya...macam mana nie..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. She know you better. Kalau tak de yang musykil insyallah takde pape yg berlaku.. hehhe

      Padam
    2. kahkah zarin. aduh aduh sayang..kenapa kau curang..kenapa kau ulang...

      Padam
    3. duhhh, dah terngiyang2 lagu tuuuu. haha

      Padam
  2. bahaya kalau laki dah jadi begitu...mudah-mudahan dijauhkan

    BalasPadam