4.8.15

Pinggan Kotor Versus Diri

KITA IBARAT PINGGAN...

 Assalamualaikum

Menarik betul perumpamaan yang di berikan dalam satu artikel motivasi yang PapaG baca kejap tadi. Mengumpamakan manusia ini sebagai pinggan yang di pinjam. Nah baca.....
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita...Selang beberapa tempoh masa:

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan kerana telah dibersihkan dengan baik setelah digunakan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh. Pinggan tersebut tempatnya adalah dalam sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu Allah redha kita berada dalam syurgaNya.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat…Kredit : Ust Zamri Zainuldin

Begitulah dunia ini tempat tinggal yang sementara. Kita ni hanya pinjaman sahaja. Anak, bini, keluarga semua itu pinjaman yang Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Kalau kita leka dengan nikmat dunia, maka kotorlah kita umpama pinggan yang pcah bila kembali pada Allah. Nauzubiillah. Ayuh, tingkatkan amal, perbaiki diri, terus berusaha mencuci diri agar kita nanti berada dalam keadaan yang bersih bila bertemu Allah. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

9 ulasan:

  1. semoga kita semua kembali kepada Allah dengan sebaik2 pengakhiran dan sebaik2 kembali.

    BalasPadam
  2. nak jadi pinggan yang bersih dan sempurna bentuknya... InsyaAllah.. :)

    thanks 4 sharing this...!

    BalasPadam
  3. harap2 saya dipulangkan dalam keadaan yang bersih...Amin..

    BalasPadam
  4. semoga bermanfaat entri nie.. thanks sharing.. semoga dita sentiasa di bawah keredhaannnya

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com