TUBUH WANITA | NAFSU JANTAN ‘NAIK’ SECARA TIBA-TIBA..??

/
14 Comments
Ogos 13, 2015

Perkara yang boleh mencabar nafsu lelaki 


Assalamualaikum

Lelaki mudah terangsang. Ya betul. Walaupun lelaki ni di beri 9 akal dan hanya satu nafsu, tetapi nafsu ini sememangnya specifik untuk SEKS. Berbanding wanita, walaupun mereka diberi 1 akal dan 9 nafsu, nafsu mereka itu bukan terfokus pada seks sahaja. Oleh sebab lelaki yang mempunyai 1 nafsu yang fokus inilah terkadang ia mudah terangsang dan nafsu jantanya ternaik secara tiba-tiba walaupun dengan sedikit rangsangan. Lebih-lebih lagi bila terpandang wanita.

Mungkin bila wanita memandang tubuh mereka sendiri dan tubuh milik wanita lain secara logiknya memang tidak ada daya tarikan nafsu langsung. Mereka tidak mampu menilai pakaian yang mereka pakai sesama sendiri. Bukan dari perspektif lelaki yang menilai pemakaian wanita ini lebih memfokus pada sensual. Oleh itu, wanita yang di katakan perhiasan dunia ini, harus berhati-hati dalam menjaga aurat terutamanya ketika anda berada dalam kalangan lelaki-lelaki bukan mahram anda.
Perkara yang boleh mencabar nafsu lelaki

Boleh dikatakan, hampir kesemua bahagian tubuh wanita terutamanya bahagian-bahagian sulit sangat menjadi idaman lelaki. Malah, bahagian-bahagian yang sering dianggap oleh wanita tiada apa yang istimewa oleh wanita seperti lengan dan kaki adalah antara bahagian yang mampu menggoda dan mencabar nafsu lelaki. AWAS…!!! Tutup aurat anda. Jangan biarkan lelaki terseksa.

Islam itu mudah. Islam tahu bagaimana sifat semula jadi manusia. Lebih-lebih lagi sifat seksual lelaki. Jadi Islam menggariskan tatacara pergaulan dan juga cara berpakaian antara lelaki dan wanita. Objektifnya tak lain tak bukan ialah untuk menjaga nafsu sesama umat. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya tiada suruhan dalam menutup aurat? Apa yang terjadi? #MerenungKeluarJendela

Di sini, bukan bermaksud wanita sahaja yang wajib untuk menutup aurat. Lelaki pun sama juga. Malah dalam islam juga ada menggariskan panduan penutupan aurat bagi lelaki. Dan kita wajib mengikuti. Lagipun, menutup aurat ni juga merupakan salah satu cara menjaga maruah kita kan? Cuba bayangkan kalau aurat tidak ditutup? Kesana kemari tada seurat benang pun. Haishhhh. Selisih malaikat 44. Hehehe

Ok la, sampai di sini perkongsian dari PapaG. Jagalah aurat ok. Jangan sampai NAFSU JANTAN NAIK SECARA TIBA-TIBA nanti. Jenuh la nak turunkan. Gitewww.. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

14 ulasan:

  1. jenuh tuuuu, hahaha~
    yes, memang kena tutup smeua, slow2, huhuuu

    BalasPadam
  2. hahah..tajuk dah mantap papaG

    BalasPadam
  3. moga dpt dimanfaatkan..good sharing

    BalasPadam
  4. Perkongsian dan teguran yang bernas! Thanks PapaG! Semoga ena dapat terus perbaiki diri dari segi aurat apa semua

    BalasPadam
  5. gempaknya tajuk... perkara ni bukan anak-anak muda nak ikut sangat.jadi ibu bapa jangan takut nak tegur anak dan jangan takut nak marah anak.Zaman sekarang ni mak ayah tegur kena balas balik.Tapi selagi ibu bapa hidup, seberapa besar umur anak, kita masih akan disoal di akhirat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah puan.. susah kan nak bela anak ni.. byk cabaran. smoga allah beri saya kekuatan...

      Padam